Siakap Keli
logo harmoni madani
Kredit: Datuk Aaron Ago Dagang via X

Bakal Dilancarkan Tak Lama Lagi, Ini Maksud Logo Harmoni Madani Ramai Tak Tahu

Bakal Dilancarkan Tak Lama Lagi, Ini Maksud Logo Harmoni Madani Ramai Tak Tahu

Terdahulu, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memperkenalkan konsep “Malaysia Madani” pada Januari 2023 sebagai teras membina masyarakat yang harmoni.

Susulan itu, pelbagai inisiatif diwujudkan bagi mendukung konsep Malaysia Madani yang diperkenalkan, termasuklah inisiatif Harmoni Madani yang bakal dilancarkan oleh Kementerian Perpaduan.

Difahamkan, inisiatif Harmoni Madani bertujuan memupuk keharmonian dalam kalangan penganut pelbagai agama di negara ini.

Selain itu, ia bertujuan untuk menggalakkan pemahaman tentang kepelbagaian agama, amalan budaya dan adat resam untuk mengukuhkan perpaduan dan keharmonian.

Dalam pada itu, Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang berkongsi citra dan erti logo Harmoni Madani kepada orang ramai menerusi laman X rasmi miliknya (@AaronAgoDagang).

Berdasarkan infografik yang dimuat naik oleh beliau, logo Harmoni Madani dilakar berbentuk burung merpati, tangan dan jalur yang dihiasi dengan warna Jalur Gemilang.

Sebagaimana yang kita ketahui, setiap logo yang tercipta pastinya mempunyai maknanya tersendiri, termasuklah logo Harmoni Madani ini.

Dapat dilihat, terdapat beberapa elemen penting yang dimuatkan dalam logo tersebut.

Berdasarkan perkongsian hantaran itu, imej burung merpati berwarna putih dalam logo berkenaan adalah simbolik dengan keharmonian dan keamanaan.

Manakalan, imej “tangan” berwarna biru melambangkan nilai-nilai kemanusiaan dan rasa tanggungjawab untuk menjaga keharmonian dan keamanan negara.

Selain itu, terdapat juga gambaran lima jalur berwarna merah yang simbolik dengan penghayatan dan pengalaman lima prinsip Rukan Negara di Malaysia.

Akhir sekali, sudah pasti makna di sebalik warna-warni yang menghiasi logo tersebut. Sebagai bangsa Malaysia, warna-warna yang dipilih dalam logo ini pasti tidak asing lagi bagi kita.

Pemilihan warna iaitu putih, biru, kuning dan merah adalah bertemakan kepada warna Jalur Gemilang. Warna ini dipilih agar semangat cintakan negara tersemat dalam sanubari diri kita.

Kementerian Perpaduan akan melancarkan Inisiatif Harmoni Madani pada Jun ini

Menurut laporan Bernama, Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang berkata inisiatif itu bertujuan memperkukuh kesedaran terhadap kepelbagaian agama dan budaya yang bukan hanya memperkaya identiti nasional, tetapi juga menyatukan rakyat.

“Menerusi inisiatif itu, Kementerian Perpaduan akan melaksanakan pelbagai program dan aktiviti seperti bicara harmoni, wacana memupuk perpaduan dalam kepelbagaian agama, jejak harmoni, dokumentasi harmoni, sambutan hari toleransi sedunia dan pelbagai lagu.

“Kepelbagaian agama dan budaya ialah aset terbesar negara dan Malaysia Madani menunjukkan bahawa kepelbagaian ini bukan sahaja memperkaya identiti nasional, tetapi turut menyatukan rakyat,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Dialog Harmoni Peringkat Pulau Pinang di Dewan Milenium pada 9 Mac lalu.

Aaron berkata, dialog itu bertujuan memperkukuh semangat kebersamaan dan perpaduan dalam kalangan masyarakat serta menangani isu-isu yang berkaitan dengan keharmonian antara penganut agama, meningkatkan toleransi dan mengukuhkan pemahaman.

Menurut laporan Bernama lagi, selain itu, katanya, ia turut memberi penekanan terhadap budaya saling menghormati terhadap kepelbagaian budaya dan agama masyarakat Malaysia yang berbilang etnik.

BACA: Pintu Buat Hal, Wanita Terkunci Dalam Bilik Ketika Bakal Mak Mentua Nak Sarung Cincin

Sumber: @Aaron Ago Dagang via X, Bernama

Athirah

When nothing goes right, go left.