Siakap Keli

Samsung Knox: Memperkukuh Keselamatan Mudah Alih Dalam Dunia Digital Moden

Sebuah peranti pintar tidak akan menjadi pintar tanpa fungsi keselamatan yang terbaik.  Sebagai pengguna smartphone, mungkin anda pernah mendengar tentang ‘Samsung Knox’, tetapi jika anda seorang eksekutif IT, Knox adalah ‘kunci’ kepada harta karun yang disimpan.

Mengapa Samsung mencipta Knox?

Pada awalnya, Samsung Knox dibangunkan sebagai sebuah platform keselamatan untuk memenuhi keperluan asas pasaran B2B.  Pastinya sesebuah organisasi atau sebagai pekerja, anda ingin data anda dilindungi dengan selamat.

Ole itu, Samsung ingin memenuhi keperluan ini dengan mencipta “Knox Platform for Enterprise”.  Ia telah mencapai keperluan keselamatan yang ditetapkan oleh pelbagai kerajaan dan perusahaan di seluruh dunia.  Ia memegang lebih dari 60 pensijilan di pelbagai negara termasuk Amerika Syarikat, United Kingdom, Perancis dan banyak lagi.

Apa itu “Secured by Knox”?

Bagi kebanyakan orang, jenama atau pun label ini menjadi petanda bahawa keselamatan peranti Samsung anda sedang berfungsi dan aktif.  Berbeza dengan aplikasi antivirus, Knox menyediakan fungsi keselamatan pada peranti terhadap pelbagai ancaman dengan gabungan perlindungan perisian (software) dan perkakasan (hardware) seperti:

  • Root of Trust
  • Knox Vault
  • Trusted Boot
  • Real-time Kernel Protection
  • Device Health Attestation
  • Sensitive Data Protection
  • App Security

Bagaimana Samsung Knox berfungsi?

Samsung Knox menggunakan gabungan perlindungan perkakasan dan perisian untuk melindungi peranti anda daripada sebarang serangan penggodam seperti virus atau serangan siber, kecurian data, kehilangan peranti dan kesilapan manusia. Perkara terbaik tentang Samsung Knox ini adalah, ‘kunci’ keselamatan akan berfungsi sebaik sahaja anda mengaktifkan peranti anda untuk kali pertama.

Samsung meningkatkan platform keselamatan Knox-nya pada tahun 2021 dengan Knox Vault.  Knox Vault berfungsi meningkatkan keselamatan peranti anda dengan menggunakan processor dan memory unit yang berasingan daripada cipset peranti pintar.

Samsung Knox Vault secara automatik mengesan perubahan voltan, glic, dan suhu serta serangan laser. Apabila sistem mengesan serangan, Knox Vault akan memicu penggera dan menyekat serangan pada kadar segera. Ia juga menghalang serangan perisian supaya tiada siapa yang boleh mengakses data anda dari jarak jauh.

Menerusi secure folder, anda boleh menyimpan foto, fail, bahkan menggandakan aplikasi kegemaran anda dengan keselamatan tambahan. Folder ini memastikan setiap data yang disimpan kekal sulit.

Samsung Knox Matrix: Cloud

Knox Matrix mengenkripsi data yang disimpan secara atas talian, menjadikannya hampir mustahil untuk diakses tanpa kebenaran.

Samsung Knox Auto Blocker

Pemblok Auto bertindak sebagai pengawal digital anda, menjauhkan ancaman dengan menghalang aplikasi yang tidak dikenali dan mencurigakan. Contohnya, jika anda menerima teks dengan pautan ke laman web yang meragukan, ciri ini akan menghalang anda dari mengakses laman web tersebut – mengelakkan serangan malware atau phising.

Pengguna memiliki keterlihatan dan kawalan penuh dalam menentukan siapa sahaja yang memiliki akses terhadap data peribadi mereka.  Anda boleh melihat bagaiman data tersebut dimanfaatkan.  Hal ini membantu pengguna untuk memahami secara lebih dalam bagaimana maklumat diproses, disimpan dan digunakan oleh pelbagai entiti. Daripada situ, dengan mudah anda boleh memantau apakah data peribadi anda sedang terancam atau pun tidak.

Tamper Resistant

Melalui Knox Vault, ia mampu melindungi maklumat penting dengan cara memisahkan prosesor dan memori yang berbeza daripada bahagian lain.  Bahagian tersebut meliputi sistem operasi untuk menambah lapisan perlindungan terhadap pelbagai jenis ancaman (tamper resistant).

Knox Vault juga berupaya menjaga keamanan data biometric milik pengguna agar tidak dicuri seperti fingerprint, PIN, password untuk mengakses peranti atau pada aplikasi lain yang dikunci.  Sistem keamanan ini membantu pengguna dalam mengakses telefon pintar atau aplikasi dengan cara yang lebih selamat.

Samsung Knox Smart Call

Smart call antara ciri terbaik sediada yang akan memberi amaran kepada anda mengenai panggilan meragukan sebelum anda menjawabnya. Bayangkan anda menerima panggilan daripada nombor yang tidak dikenali dan mengaku daripada pihak bank, smart call akan mengenal pasti terlebih dahulu dan menghalang anda daripada mengangkat panggilan tersebut.

Sambungan internet selamat

Fungsi ini membolehkan anda melayari internet dengan selamat tanpa takut kepada pencerobohan keselamatan.

Jejak peranti dengan “Find My Mobile”

Sekiranya peranti anda hilang atau dicuri, perkhidmatan “Find My Mobile” membolehkan anda mengesan telefon pintar anda dari jauh, membuat salinan data yang disimpan pada cloud, mengunci skrin dan juga menghalang akses ke Samsung Pay.  Jika perlu, anda juga boleh memadam semua data yang disimpan didalam peranti anda.

Sokongan penuh Samsung Knox pada Galaxy A55 5G

Galaxy A55 5G antara peranti premium mid-range yang menerima sokongan Samsung Knox pada harga berpatutan dengan ciri keselamatan bertaraf tinggi.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web Samsung di SINI.

Nur Farra