Siakap Keli
AKAUN 3 kwsp 11 MEI
Gambar: BERNAMA

Akaun 3 KWSP Bermula 11 Mei Ini

Akaun 3 KWSP Bermula 11 Mei Ini

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebentar tadi mengumumkan penstrukturan semula Akaun 1 dan 2 KWSP kepada tiga akaun yang akan bermula 11 Mei ini.

Penstruturan semula berkenaan akan melibatkan akaun pencarum berumur dibawah 55 tahun.

Dibawah penstrukturan semula itu, Akaun 1 dan 2 akan dikenali sebagai Akaun Persaraan dan Akaun Sejahtera. Manakala satu lagi akaun baharu turut diperkenalkan iaitu Akaun Fleksibel (turut disebut sebagai Akaun 3).

KWSP berkata, caruman yang diterima selepas tarikh tersebut akan dipecahkan kepada 75 peratus untuk Akaun Persaraan, 15 peratus untuk Akaun Sejahtera dan 10 peratus untuk Akaun Fleksibel.

Manakala baki semasa Akaun 1 dan Akaun 2 akan kekal dalam Akaun Persaraan dan Akaun Sejahtera. Sementara bagi Akaun Fleksibel pula, baki akan bermula daripada sifar.

Bagaimanapun, pencarum diberi peluang sekali (bermula 11 Mei sehingga 30 Ogos 2024) untuk memindahkan sebahagian daripada baki yang ada dalam Akaun Sejahtera (dahulunya dikenali sebagai Akaun 2) ke Akaun Fleksibel sebagai amaun permulaan.

“Sekiranya ahli tidak membuat pilihan untuk mempunyai amaun permulaan, maka tiada sebarang pindahan akan dibuat dan baki sedia ada akan kekal dalam Akaun Sejahtera.

“Akaun Fleksibel akan bermula dengan caruman baharu yang akan dikreditkan ke dalam akaun ahli selepas tarikh pelaksanaan,” kata KWSP.

Ahli pula boleh membuat pengeluaran daripada Akaun Fleksibel pada bila-bila masa, tertakluk kepada amaun minimum pengeluaran sebanyak RM50.

BACA: Lapan Mangsa Tragedi Helikopter TLDM Terhempas Selamat Dikebumikan

Sumber: KWSP

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?