Siakap Keli
lagu paling panjang dunia
Gambar: ROBYN BECK/AFP

Lima Hari Dengar Baru Habis, Ini Lagu Paling Panjang Pernah Dirakam Di Dunia

Lima Hari Dengar Baru Habis, Ini Lagu Paling Panjang Pernah Dirakam Di Dunia

Secara purata, lagu-lagu dalam carta tempatan mahupun carta antarabangsa memiliki durasi dalam lingkungan tiga hingga lima minit. Kebiasaannya lagu-lagu ini memiliki lima bahagian iaitu intro, verse, pre-chorus, chorus and bridge.

Namun begitu, ada juga beberapa lagu yang tidak mengikuti norma kebiasaannya dalam industri muzik mainstream seperti Stairway to Heaven (Led Zeppelin), Bohemian Rhapsody ( Queen) dan November Rain (Guns N’ Roses).

Lagu-lagu terbabit biasanya memiliki tempoh melebihi purata durasi lagu-lagu di carta muzik iaitu enam hingga sepuluh minit.

Mungkin anda sangkakan salah satu lagu tersebut merupakan lagu yang memiliki durasi terpanjang dalam sejarah dunia rakaman di dunia.

Jawapannya tidak kerana lagu terpanjang yang pernah disiarkan secara rasmi baru sahaja dilancarkan pada April 2023, iaitu sekitar tahun lepas.

Kena ambil sekurang-kurangnya lima hari untuk habiskan satu lagu

Penulis dan ahli muzik asal Uttar Pradesh, India, Dr. Jagadeesh Pillai telah mendapat pengiktirafan daripada Guinness World of Records sekitar April 2023.

lagu terpanjang dunia
Kredit: Guinness Book of Records

Beliau telah menghasilkan satu lagu yang memiliki panjang kira-kira 138 jam, 41 minit dan 20 saat. Dengan erti kata lain, pendengar perlu menghabiskan dalam lingkungan lima hari untuk menghabiskan keseluruhan lagu.

Kredit: Guinness Book of Records

Lagu yang bertajuk Shri Ram Charit Manas berkenaan adalah berdasarkan sebuah puisi pada abad ke-16 dengan tajuk yang sama. Difahamkan, lagu ini mengandungi semua rangkap puisi terbabit yang mempunyai kira-kira lebih 15,000 rangkap dalam bahasa Awadhi.

Kredit: Guinness Book of Records

Pencapaian Pillai ini telah memecahkan rekod yang dipegang oleh lagu yang berjudul The Rise and Fall of Bossanova sebelum ini.

Lagu berkenaan merupakan ciptaan Michael dan Kelley Bostwick dari Palmer, Massachusetts. Mereka telah melancarkan lagu tersebut pada 1 November 2016.

Berbeza dengan lagu ciptaan Pillai, durasi The Rise and Fall of Bossanova hanya dalam lingkungan 13 jam dan tidak memerlukan masa berhari-hari untuk mendengarnya sehingga habis.

BACA: Wajib Ambil Tahu, Doktor Kongsi Lima Sebab Kentut Bau Busuk

Sumber: Mental Floss & Guinness World of Records

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma