Siakap Keli

KAF Bakal Lancar Set Lengkap Pengurusan Jenazah edisi Dato’ Kazim Elias

KAF Bakal Lancar Set Lengkap Pengurusan Jenazah edisi Dato’ Kazim Elias

BANGI – Bila bercakap tentang kain kafan dan pengurusan jenazah, pasti ramai yang berasa takut dan jarang sekali ingin mengambil tahu. Kematian itu pasti dan akan dirasai semua yang hidup.

Persoalannya, adakah setiap daripada kita tahu tentang proses menguruskan jenazah?.

Daripada bermulanya saat kematian ahli keluarga, solat jenazah, ukuran saiz kubur yang perlu diberitahu kepada pihak masjid dan sebagainya. Ilmu pengurusan jenazah sangat penting meskipun hukumnya fardhu kifayah, tetapi kita perlu ambil tahu dan mempelajari.

set lengkap pengurusan jenazah

Dengan slogan “satu rumah, satu keperluan”, KAF komited memupuk inisiatif masyarakat terutamanya yang beragama Islam supaya menyediakan set kelengkapan pengurusan jenazah di setiap rumah.

Ketua Pengarah Operasi, Khairul Sani berkata, pengeluaran sebanyak 1,500 Set Lengkap Pengurusan Jenazah edisi Datuk Muhammad Kazim Elias bakal berada di pasaran tidak lama lagi.

“Edisi khas ini menampilkan pendakwah bebas tersebut sebagai jurucakap produk.

set lengkap pengurusan jenazah

“Set ini didatangi lengkap dengan 22 jenis barangan keperluan pengurusan jenazah antaranya jubah, telekung, sabun bidara, kain kafan, kapur barus dan pelbagai lagi.

“Ia juga boleh digunakan untuk jenazah lelaki mahupun perempuan”” jelasnya dalam sidang media selepas majlis pelancaran set pengurusan jenazah KAF di restoran Ketam Viral disini petang tadi.

Menurutnya lagi, harga yang ditawarkan bagi setiap set hanya RM249 dan pembelian hanya boleh dibuat secara dalam talian di www.kafanmalaysia.com ataupun menghubungi talian 012-3887316.

set lengkap pengurusan jenazah

KAF juga turut mengumumkan cabutan bertuah bagi setiap pembelian dengan menawarkan hadiah berupa pakej umrah bernilai RM8690 dan 5 keping emas Alif seberat 1 gram yang bernilai RM3000.

Sebagai tambahan, KAF ditubuhkan pada tahun 2023 diasaskan oleh tiga orang anak muda iaitu Khairul Manaf, Anas Abd Rahman dan Fawzan Ismail. Setiap pengeluaran set jenazah tersebut dilakukan sendiri di kilang milik KAF yang terletak di Desa Coalfield, Sg. Buloh.

KAF juga turut menawarkan jualan secara OEM dimana jika terdapat mana-mana pihak yang ingin membuat penjenamaan sendiri bagi set pengurusan jenazah dan menginfaqkan set pengurusan jenazah tersebut.

Nurul Naqiyah