Siakap Keli
Bila Waktu Sesuai
Kredit: @Altimat Auto Garage via TikTok

Mekanik Dedah Ini Tiga Waktu Sesuai Untuk Isi Angin Tayar

Mekanik Dedah Ini Tiga Waktu Sesuai Untuk Isi Angin Tayar

Seiring dengan peredaran zaman, kereta sudah menjadi keperluan bagi setiap isi rumah di Malaysia. Tidak berlebihan jika dikatakan setiap rumah memiliki sekurang-kurangnya sebuah kereta. Tanpa kenderaan peribadi itu, jadual harian individu mungkin akan terganggu.

Seperti yang diketahui, setiap kereta dilengkapi dengan pelbagai komponen yang bertindak sebagai pemangkin sewaktu pemanduan.

Antara komponen penting kereta termasuklah tayar yang berfungsi menggerakkan kenderaan tersebut.

Tiga waktu sesuai isi angin tayar kereta

Bercakap mengenai tayar, rata-rata komponen kenderaan ini perlu diisi dengan tekanan angin untuk memastikan ia dapat menampung berat sesebuah kereta itu bagi bergerak dengan lebih lancar.

Namun begitu, tidak dinafikan terdapat segelintir pemilik kenderaan kurang mengambil berat mengenai perkara asas ataupun rutin wajib seperti mengisi angin tayar kereta.

Baru tahu, rupa-rupanya ada waktu terbaik untuk mengisi angin tayar

Untuk makluman pembaca, terdapat tiga waktu terbaik untuk mengisi angin tayar yang dikongsikan oleh mekanik menerusi TikTok @Altimat Auto Garage.

Menurut @Altimat Auto Garage, waktu yang paling sesuai adalah dengan mengisi angin setiap kali anda singgah di stesen minyak untuk mengisi bahan api kenderaan.

Untuk pengetahuan anda, tayar yang kurang tekanan akan menyebabkan kereta anda menggunakan petrol yang lebih dari sepatutnya akibat daripada rintangan yang bertambah.

Bukan setakat itu sahaja, tekanan angin yang rendah juga dikatakan boleh memendekkan jangka hayat tayar.

Isi masa suhu tayar 10 darjah celcius

Selain itu, @Altimat Auto Garage turut berkongsi angin tayar sesuai diisi ketika suhu tayar berada pada takat 10 darjah celcius.

Untuk pengguna kenderaan mewah, biasanya kereta mereka sudah hadir dengan sensor khas untuk memantau suhu pada tayar ini. Jadi yang tinggal anda cuma perlu memeriksa sensor tersebut dari semasa ke semasa.

Jika kenderaan tidak mempunyai sensor tersebut, anda boleh sahaja memasang Sistem Pemantauan Tekanan Tayar (Tyre Pressure Monitoring System) di dalam kereta.

Sistem elektronik ini berfungsi memantau semua maklumat seperti tekanan tayar kenderaan, malah amaran akan dikeluarkan kepada pemandu jika tekanan angin terlalu rendah.

Isyarat amaran akan menyala pada panel meter yang biasanya tertera simbol bentuk tayar.

Jika anda terlalu sibuk atau tiada kesempatan untuk memantau keadaan tayar selalu, @Altimat Auto Garage berkata, waktu yang sesuai untuk mengisi angin tayar adalah sekurang-kurangnya sebulan sekali.

BACA: Rumah Pertahanan Selangor FC, Khuzaimi Piee Kena Pecah

@altimatautogarage

Pakai kereta, tapi tak tahu waktu pam tayar kereta yang sesuai ? Ni ada 3 waktu yang sesuai nak pam tayar. #bengkel #bengkelkereta #bengkelrepairkereta #bengkelservicekereta #bengkelkeretakuang #bengkelkeretasungaibuloh #bengkelrepairaircondkereta #bengkelserviceaircondkereta #aircondkereta #aircondkeretataksejuk #aircondkeretapanas #aircondkeretabocor #aircondkeretabaubusuk #aircondkeretarosak #automotive #automotif #automotivemalaysia #automotifmalaysia #bengkelbumiputera #pomen #altimatautogarage

♬ original sound – Altimat Auto Garage – Altimat Auto Garage

Sumber: @Altimat Auto Garage via TikTok

Athirah

When nothing goes right, go left.