Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Ini Waktu Sesuai Minum Kopi Pada Waktu Pagi Untuk Fokus Kerja

Waktu Sesuai minum Kopi
Kredit: Purity Coffee

Bagi ramai orang, secawan kopi pada waktu pagi sudah menjadi rutin sebelum memulakan hari, terutama ketika bekerja.

Ada yang minum kopi untuk menghilangkan rasa mengantuk, manakala ada juga yang mengharapkan kopi membantu mereka kekal fokus sepanjang hari.

Tapi tahukah anda, waktu minum kopi juga boleh mempengaruhi kesannya, jadi jangan main minum sahaja bila mata mula mengantuk.

Bangun 6–7 Pagi? Ini Waktu Sesuai Minum Kopi

Menurut Public Health Malaysia, bagi sesiapa yang bangun sekitar jam 6 hingga 7 pagi, mereka boleh minum kopi pertama sekitar jam 8 hingga 10 pagi.

Waktu ini dianggap praktikal sebab anda tak semestinya perlu minum kopi sebaik sahaja anda membuka mata pada waktu pagi.

Dan bagi kebanyakan orang, secawan kopi mungkin sudah mencukupi untuk membantu mengurangkan rasa mengantuk dan meningkatkan tumpuan ketika bekerja.

Jadi, tak perlu minum sampai bercawan-cawan kopi semata-mata kerana mahu kekal berjaga sepanjang waktu bekerja.

Kredit: PureBean

Tak Semua Kopi Sesuai Untuk Minum Setiap Pagi

Kopi hitam, espresso, latte atau kopi susu tanpa tambahan sirap berlebihan sudah memadai untuk memulakan hari.

Kopi sejuk juga boleh menjadi pilihan, tetapi jumlah kafeinnya mungkin lebih tinggi bergantung pada cara penyediaan dan kepekatannya.

Tapi, kopi yang mengandungi terlalu banyak gula dan bahan tambahan lain kurang sesuai dijadikan pilihan untuk mendapatkan tenaga pada waktu pagi.

Kopi susu pekat, kopi karamel, kopi hazelnut dan mocha bersama krim putar biasanya mengandungi lebih banyak gula dan kalori.

Bukan bermaksud anda tidak boleh menikmatinya langsung, tetapi sebaiknya kurangkan pengambilan terutama pada waktu pagi.

Ini kerana anda tidak semestinya memerlukan tambahan sirap, sos karamel dan krim putar untuk mendapatkan kafein daripada kopi.

Pendek kata, kalau tujuan anda mahu lebih fokus ketika bekerja, tak perlulah jadikan kopi pagi seperti pencuci mulut.

Bila Patut Berhenti Minum Kopi?

Kredit: Redbooth

Waktu terakhir anda minum kopi pun penting kerana kafein boleh mengganggu tidur kalau diminum terlalu dekat dengan waktu tidur.

Satu kajian mendapati kafein boleh buat waktu tidur kita lebih singkat dan menyebabkan masa untuk terlelap lebih lama.

Kajian itu juga mendapati kopi yang mengandungi kira-kira 107 miligram kafein sebaiknya diminum sekurang-kurangnya 8.8 jam sebelum tidur.

Bagaimanapun, kesan kafein tidak sama bagi semua orang kerana ada yang lebih cepat terkesan selepas minum kopi.

Kalau anda jenis yang susah tidur selepas minum kopi, cuba kurangkan kopi pada waktu petang atau minum lebih awal.

Public Health Malaysia juga mencadangkan supaya kafein dielakkan selepas sekitar jam 2 hingga 3 petang, terutama bagi mereka yang tidur awal.

Intipati
  • Public Health Malaysia mencadangkan kopi pertama sekitar 8 hingga 10 pagi untuk yang bangun awal.
  • Kopi hitam, espresso, latte atau kopi susu tanpa sirap berlebihan dianggap pilihan lebih memadai.
  • Kafein disaran dielakkan selepas 2 hingga 3 petang, terutama bagi mereka yang tidur awal.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan