Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Pelajar Dipercayai Hilang Ingatan Susulan Keracunan MBG

Pelajar Hilang Ingatan Susulan MBG
Kredit: Fajar

Baru-baru ini, tular dakwaan ratusan pelajar di Indonesia mengalami keracunan makanan selepas mengikuti program Makanan Berkhasiat Percuma (MBG).

Antara yang dipercayai menjadi mangsa ialah pelajar SMK Bersama Berastagi, Daerah Karo, Febiola Purba, 16.

Lebih menyedihkan, Febiola didakwa mengalami kehilangan ingatan sehingga 70 peratus selepas insiden tersebut.

Memetik Kompas, ibu kepada pelajar itu, Elvinus, mengimbas kembali detik ketika anaknya mula jatuh sakit selepas dipercayai mengalami keracunan makanan.

Menurut Elvinus, ketika kejadian, dia sedang bekerja di sebuah warung di hadapan SMA Negeri 1 Berastagi.

Pelajar Dipercayai Hilang Ingatan, Didakwa Berpunca Dari Keracunan MBG

Kredit: Fajar

Dia sendiri melihat beberapa ambulans tiba untuk membawa pelajar dari sekolah berkenaan yang dipercayai turut mengalami keracunan makanan.

Pada awalnya, Elvinus tidak berasa bimbang kerana Febiola bukan antara pelajar yang dilaporkan mengalami gejala tersebut.

Namun, tidak lama kemudian, Febiola mula mengalami mual, muntah-muntah, pening dan gatal-gatal pada badan.

Melihat keadaan anaknya semakin membimbangkan, Elvinus meminta bantuan anggota Tentera Nasional Indonesia (TNI) yang sedang mengawal lalu lintas di hadapan sekolah.

Febiola kemudian dikejarkan ke Hospital Umum Daerah Kabanjahe menggunakan ambulans dan menerima rawatan selama tiga hari sebelum dibenarkan pulang.

Bagaimanapun, keadaan Febiola kembali merosot selepas tiba di rumah apabila dia mengalami kekejangan sebelum tidak sedarkan diri.

Keluarganya kemudian membawanya ke Hospital Efarina sebelum dia dirujuk ke Hospital Haji Medan untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Selepas kejadian itu, keadaan Febiola dikatakan semakin merosot apabila dia mula mengalami gangguan ingatan.

Kini, dia hanya mengenali ayah dan ibunya, namun tidak lagi mengingati anggota keluarga serta rakan-rakannya yang lain.

“Febiola juga sampai tak kenal adik dia yang buat panggilan telefon video dari Karo,” kata Elvinus.

Menurut Elvinus, doktor memaklumkan bahawa Febiola berkemungkinan mengalami keracunan yang menjejaskan sistem sarafnya.

Febiola kemudian kembali ke kampung halamannya di Karo, namun keadaan ingatannya masih tidak menunjukkan sebarang perubahan disamping turut sukar diajak berbual dan sering bercakap di luar topik perbualan.

“Anak saya sejak dulu sihat dan tidak pernah mengalami kekejangan atau gangguan ingatan. Dia kebanggaan keluarga kami dan sentiasa mendapat tempat pertama dalam kelas sejak SMP hingga kini di SMK,” kata Elvinus.

Intipati
  • Febiola Purba, 16, dipercayai antara pelajar Indonesia yang mengalami keracunan selepas program MBG.
  • Ibunya berkata Febiola mengalami mual, muntah, pening dan gatal sebelum dikejarkan ke hospital.
  • Kini dia dikatakan hanya mengenali ibu bapanya, selain sukar berbual dan kerap tersasar topik.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan