Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

MOCCONA Kini Tampil Dengan Rangkaian Kopi 3-dalam-1 Baharu

Jenama kopi berpengalaman, MOCCONA, kini meluaskan rangkaiannya ke segmen kopi 3-dalam-1 menerusi pelancaran MOCCONA 3-dalam-1 yang menawarkan rasa premium dalam format yang lebih mudah dan praktikal.

Direka untuk dinikmati di rumah, pejabat atau ketika dalam perjalanan, rangkaian baharu ini menampilkan aroma kopi yang kaya serta rasa premium ikonik MOCCONA dalam bentuk sachet sekali bancuh.

Pelancaran ini turut menandakan kemunculan pertama MOCCONA dalam kategori kopi 3-dalam-1, sekali gus memberikan pilihan baharu kepada penggemar kopi sedia ada dan generasi baharu.

Menurut Fiona Tan, Pengurus Besar JDE Malaysia, pemilik jenama MOCCONA, jenama tersebut mempunyai sejarah kopi sejak 1753 dan telah lama dikenali menerusi rangkaian kopi segera freeze-dried dalam balang.

“Berdasarkan pengalaman dan reputasi yang telah dibina, kami teruja untuk memasuki kategori 3-dalam-1 dengan membawakan campuran ikonik serta pengalaman menikmati kopi berkualiti seperti di kafe dalam format yang lebih mudah.

“Rangkaian MOCCONA 3-dalam-1 direka untuk memenuhi gaya hidup pengguna masa kini, selain menggalakkan mereka meluangkan masa seketika untuk menikmati momen harian,” katanya.

Dua Pilihan Untuk Penggemar Kopi

MOCCONA 3-dalam-1 hadir dalam dua varian, dengan setiap kotak mengandungi 12 sachet sekali bancuh:

  • Cappuccino – Rasa kopi yang kuat dan penuh, digabungkan dengan buih yang lembut serta berkrim.

  • Caramel Latte – Aroma kopi yang kaya dengan sentuhan rasa karamel yang lembut dan manis.

Menariknya, kopi 3-dalam-1 ini boleh dibancuh menggunakan air panas atau air sejuk, sesuai untuk mereka yang gemarkan kopi panas mahupun minuman sejuk.

Untuk menikmati secawan MOCCONA 3-dalam-1, pengguna hanya perlu tuangkan serbuk kopi, tambah air panas atau sejuk, letakkan ais jika mahukan minuman sejuk, kemudian kacau.

Mudah dan boleh dinikmati bila-bila masa.

MOCCONA 3-dalam-1 kini boleh didapati di pasar raya dan peruncit utama di seluruh negara serta secara dalam talian menerusi kedai rasmi JDE Malaysia di Lazada dan Shopee.