Siakap Keli
Cara Mudah Simpan Daun Limau Purut Agar Tahan Lama
Kredit: anihmsk Via TikTok

Guna Satu Barang Je, Cara Simpan Daun Limau Purut Agar Tahan Lama

Guna Satu Barang Je, Cara Simpan Daun Limau Purut Agar Tahan Lama

Setiap minggu para ibu pasti akan kalut untuk membeli barangan harian, khususnya bahan masakan untuk memasak hidangan yang lazat buat keluarga tercinta.

Antara bahan masakan yang tidak akan dilupakan sudah semestinya daun limau purut.

Daun limau purut memiliki aroma khas yang kuat dan menyegarkan, serta sering digunakan dalam pelbagai juadah di serata dunia, termasuklah dalam hidangan di Malaysia.

Dalam masakan Melayu, misalnya, daun limau purut digunakan untuk memasak asam pedas, laksa, rendang dan sup.

Kebiasaannya, daun limau purut ditambahkan utuh atau dihiris nipis dan dimasak bersama bahan-bahan lain sebagai penambah rasa dan aroma.

Daun limau purut juga dipercayai membantu dalam menyeimbangkan rasa rempah dalam masakan.

Bukan itu sahaja, rupa daun limau purut yang unik dan berwarna hijau cerah juga boleh dijadikan hiasan untuk mempercantik hidangan yang disajikan.

Begitupun, daun limau purut ini mudah rosak jika tidak kena kaedah penyimpanannya.

Hanya gunakan satu barang, daun limau purut boleh tahan lama dalam peti sejuk

Menurut seorang pengguna TikTok (@anihmsk), anda sebenarnya memerlukan satu barang sahaja untuk membolehkan daun limau purut disimpan lebih lama.

Berdasarkan video berdurasi pendek itu, apa yang diperlukan hanyalah beg ziplock sahaja.

Mula-mula, anda perlu mencabut daun limau purut daripada tangkainya dengan berhati-hati supaya tidak terkena duri.

Kemudian, masukkan daun limau purut tersebut ke dalam beg ziplock mengikut saiz yang bersesuaian. Daun tidak perlu dibasuh terlebih dahulu dan boleh dimasukkan serta-merta ke dalam beg ziplock.

Seterusnya, tutup beg ziplock berkenaan dengan sempurna dan simpan di tempat beku agar tahan lama.

Tips ini pasti berguna bagi kaum ibu yang sukakan aroma daun limau purut dalam masakan.

@anihmsk

Replying to @happy🥹🫶🏻 sy simpan tempat beku. Tahan berbulan🥳 #foodprep #tipssimpansayur #prepsayur #carasaya

♬ original sound – Anihmsk – Anihmsk

Menjengah ke ruang komen hantaran tersebut, ramai pengikutnya mengucapkan terima kasih kerana berkongsi tips berguna tersebut. Semoga bermanfaat.

Sumber: TikTok anihmsk

BACA: Guna Bahan Masakan Ja, Petua Boleh Cuba Nak Halau Semut Dari Bekas Gula

Sharifah Hannah Adibah