Siakap Keli
air paip coolant radiator
Kredit: @James_Alatin via TikTok

Ini Padah Menanti Kalau Pakai Air Paip Ganti “Coolant” Untuk Radiator Kereta

Ini Padah Menanti Kalau Pakai Air Paip Ganti “Coolant” Untuk Radiator Kereta

Seperti yang kita semua sedia maklum, sesebuah kereta itu mengandungi enjin yang bertindak seperti otak dan jantung kenderaan.

Pada bahagian enjin tersebut, ada pelbagai komponen yang saling melengkapi bagi memastikan kenderaan dapat berfungsi dengan baik. Salah satu komponen tersebut adalah radiator.

Untuk pengetahuan anda, fungsi radiator adalah untuk menyejukkan dan menghalang enjin daripada overheating. Haba daripada enjin ini dipindahkan melalui cecair penyejuk atau coolant ke radiator untuk proses penyejukkan.

Namun begitu, tidak dapat dinafikan ada pemilik yang bertindak menggantikan cecair penyejuk ini dengan air paip biasa apabila tangki radiator sudah kering.

Persoalannya, adakah air paip biasa mampu menggantikan fungsi cecair penyejuk yang dicipta khas untuk kegunaan radiator dan enjin?

Apakah tindakan tersebut selamat atau ada padah yang akan menanti pemilik kenderaan?

Justeru, kali SK bawakan video penerangan oleh pengguna Tiktok, @James_Alatin yang menjawab persoalan-persoalan di atas.

Kesan menggunakan air biasa dalam radiator

Menurut @James_Alatin, air biasa boleh digunakan sebagai pengganti cecair penyejuk, namun hanya untuk situasi kecemasan sahaja.

Hal ini kerana air biasa mempunyai kelemahan berbanding cecair penyejuk. Antaranya ialah air biasa memiliki takat didih rendah iaitu hanya 100 darjah selsius. Takat didih yang rendah ini dikhuatiri mampu menghakis radiator pada kereta sehingga berkarat.

Sekiranya anda membiarkan radiator kereta berkarat dalam tempoh yang lama, permukaan dalam radiator boleh terhakis dan menyebabkan kebocoran.

Berbeza dengan cecair penyejuk yang mana memiliki takat didih lebih 100 darjah celcius sekaligus mampu bertahan dengan tahap kepanasan yang lebih tinggi.

Menurut @James_Alatin lagi, cecair penyejuk turut mengandungi bahan kimia yang dapat melindungi radiator anda daripada berkarat.

Semasa anda melakukan pemeriksaan kereta secara berkala, anda perlu menggunakan cecair penyejuk untuk menjaga radiator dalam jangka masa panjang.

Di samping itu, aspek penjagaan radiator perlu diberi perhatian yang serius. Hal ini kerana sekiranya penjagaan radiator diabaikan, ia boleh menyebabkan kos penyelenggaraan, penggantian atau pembaikan yang lebih tinggi.

Video berkenaan mendapat 900 ribu lebih tontonan dari wargamaya

Menjengah ke ruang komen, rata-rata warga maya berterima kasih dengan perkongsian yang dibuat oleh pengguna TikTok berkenaan. Semoga bermanfaat.

BACA: Ramai Salah Buat, Ini Cara Tepat Masuk Gear P Masa “Parking” Kereta Auto

@james_alatin

Boleh Ke Guna Air Paip Ganti Coolant Dalam Radiator Kereta ? #alatin #james_alatin #kereta #car #carmalaysia #education #cermin #cermingelap #tinted #tintedwindows #tiktokguru #learnontiktok #coolant #radiator #water #fyp

♬ original sound – James_Alatin – James_Alatin

Sumber: @James_Alatin via TikTok

Athirah

When nothing goes right, go left.