Siakap Keli

Inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat Pacific Senior Living Bersinar Semasa Sambutan Hari Raya

Inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat Pacific Senior Living Bersinar Semasa Sambutan Hari Raya

Klang, 24 April 2024 – Pacific Senior Living, sebuah peneraju kediaman premium dibantu dan berdikari  serta perkhidmatan pusat jagaan harian warga emas (Silver Club), baru – baru ini telah menganjurkan  Majlis Rumah Terbuka Hari Raya bersama pihak media bertempat di Silver Club, Acacia, Pacific Senior  Living. Sambutan tersebut merupakan saat yang sangat bermakna dimana ia telah menjadi pentas untuk menandakan komitmen organisasi tersebut kepada hubungan komuniti melalui inisiatif Tanggungjawab  Sosial Korporat (CSR). 

pacific senior living hari raya

“Perayaan Rumah Terbuka Hari Raya ini mempamerkan unsur misi kami – untuk mewujudkan persekitaran  dimana kesemua individu dihargai juga disayangi.” kata Encik Mutalib Ahmad, Ketua Pegawai  Pembangunan, Pacific Senior Living. “Program CSR kami ini merupakan misi teras kami, dan majlis seperti  ini memberikan kami ruang untuk mempamerkan dedikasi kami untuk menghargai dan memupuk  semangat kebersamaan,” tambah beliau. 

Kemuncak acara tersebut adalah perkongsian video menayangkan sebuah persafahaman terjalin diantara  Pacific Senior Living dan Pertubuhan Kebajikan & Pendidikan Al-Mahaddah, iaitu rumah kepada 120 kanak kanak yang kurang bernasib baik. Inisiatif ini membuktikan komitmen tidak berbelah bahagi pihak Pacific  Senior Living bagi menghargai masyarakat setempat dan memupuk perhubungan erat merentas generasi. 

pacific senior living hari raya

Semasa perayaan di Pertubuhan Kebajikan & Pendidikan Al-Mahabbah, Pacific Senior Living bersemangat  meraikan bersama kanak-kanak dengan pelbagai upacara meriah dan bermurah hati memberikan mereka  pek sambutan Hari Raya. Usaha murni ini bertujuan bagi mengukir senyuman dan kemesraan buat kanak kanak, dalam masa yang sama menjalinkan sifat kebersamaan dan mencipta memori indah bersama  diantara mereka dan wakil dari Pacific Senior Living. 

Acara seperti ini merupakan tunjang kepada misi kami bagi meningkatkan kesejahteraan penduduk kami  dan juga masyarakat setempat,” ujar Dr. Ramnan Jeyasingam, Ketua Pegawai Eksekutif & Pengarah Perkhidmatan Kesihatan, Pacific Senior Living. “Melalui inisiatif seperti program CSR, kami berhasrat untuk  mewujudkan persekitaran yang sihat dan berdaya saing dimana semua orang merasa dihargai dan dihormati. Kami berbangga untuk menjadi sebahagian dari komuniti yang mengutamakan sifat mulia dan  kasih sayang.”  

pacific senior living hari raya

Kanak-kanak ini merasa sangat gembira dengan suasana Hari Raya yang begitu meriah dengan adanya  aktiviti seperti sukaneka, dendangan muzik hari raya berserta juadah yang menyelerakan. Semestinya  majlis ini telah membuka ruang pemahaman terhadap pentingnya budaya yang memfokuskan terhadap  komuniti, dan dalam masa yang sama ia menunjukkan keprihatinan Pacific Senior Living terhadap  penjagaan warga tua. 

Majlis ini merupakan ikrar berterusan Pacific Senior Living yang berdedikasi bagi membantu dan sentiasa  bersedia bagi memberikan perkhidmatan yang terbaik dalam masa yang sama meningkatkan mutu kehidupan penduduk dan masyarakat secara keseluruhannya. 

Untuk maklumat lanjut berkenaan Pacific Senior Living dan komitmennya terhadap penjagaan warga emas,  sila layari https://pacificseniorliving.com.my. Selain itu, Pacific Senior Living menjemput orang ramai untuk  menjadualkan lawatan ke kediaman sulung yang dibina khas dan dibantu, Acacia, Pacific Senior Living  untuk mengalami persekitaran luar biasa yang mereka cipta untuk kehidupan warga emas. Ikuti  perkembangan terkini tentang acara, dan segala tawaran dengan mengikuti Pacific Senior Living di  Instagram dan Facebook. 

Nurul Naqiyah