Siakap Keli
tips berguna dapur
Sumber: mieconiaa via TikTok

Mudah Dan Senang, Ini 5 Tips Berguna Buat Para Ibu Di Dapur

Mudah Dan Senang, Ini 5 Tips Berguna Buat Para Ibu Di Dapur

Dapur adalah tempat yang paling kerap ‘dikunjungi’ oleh wanita, khususnya para ibu. Boleh dikatakan, ia adalah ruang peribadi ibu untuk menyediakan hidangan penuh kasih sayang buat seisi keluarga tercinta.

Walau penat seharian bekerja, para ibu akan tetap membuat kerja-kerja rumah, terutamanya di dapur. Ibu-ibu akan melakukan apa saja agar kerja-kerja dapur dibuat dengan lancar dan sebaiknya.

Oleh itu, SK hari ini ingin berkongsi lima tips berguna bagi para ibu di dapur. Tips ini diambil daripada perkongsian seorang pengguna TikTok (@mieconiaa).

@mieconiaa

beberapa tips bermanfaat didapur #tips #tipsandtricks #tipsandtrick #tipsbermanfaat #tipsdidapur #lifehack #lifehacks #tipstricks #tipssederhana

♬ original sound – ig: Buminia – ig: Buminia

5 tips bantu ibu-ibu buat kerja dapur

Pertama, ini tips berguna bagi ibu-ibu ‘high class’ yang suka menggunakan keju atau cheese dalam masakan, terutamanya keju buku.

Setiap kali memarut keju, mesti ada saki-baki keju pada parutan yang kita gunakan. Untuk elak daripada ini berlaku, ibu-ibu boleh sapukan sedikit minyak pada parutan sebelum memarut keju. Keju akan lebih senang diparut dan pastinya tidak membazir.

Kedua, tips untuk beras tahan lama. Kadang, ibu-ibu suka beli beras banyak sebagai persediaan awal kalau berlaku kecemasan.

Tapi sebenarnya, beras mudah didatangi kutu beras kalau tidak disimpan dengan betul. Jadi, untuk memastikan beras tahan lama dan mengelakkan kutu beras, letakkan beberapa daun salam di dalam bekas beras.

Ketiga, ini masalah yang sering ibu-ibu hadapi di dapur bila gula dihurung ratusan semut. Untuk mengelakkan ‘serangan’ semut pada gula, masukkan beberapa cengkeh ke dalam bekas gula.

Keempat, tips untuk daun salam tahan lama. Ibu-ibu cuma perlukan dua benda ini untuk pastikan daum salam tahan lama, iaitu tisu dan bekas kedap udara.

Alasi bekas kedap udara dengan tisu dan letakkan daun salam di atas tisu. Kemudian tutup bekas tersebut dan letakkan bekas dalam freezer. Daun salam dijamin akan kekal segar selama satu hingga dua bulan.

Kelima, tips untuk bersihkan bekas yang penuh minyak. Untuk membersihkan bekas berminyak dengan mudah, letakkan tisu, sabun pencuci pinggan dan air secukupnya di dalam bekas. Kemudian, tutup dan goncang bekas sehingga berbuih, lalu bilas dengan air bersih.

Itulah lima tips yang pastinya bermanfaat buat para ibu di dapur. Selamat mencuba.

BACA: Cara Buat Telur Pindang, Makanan Tradisi Johor

Sumber: mieconiaa via TikTok

Sharifah Hannah Adibah