Siakap Keli
Sumber ; BERNAMA

Pemakluman Hari Penamaan Calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Negeri N.06 Kuala Kubu Baharu, Selangor

Pemakluman Hari Penamaan Calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Negeri N.06 Kuala Kubu Baharu, Selangor

penamaan calon kubu baharu
Sumber : BERNAMA

1.Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) telah menetapkan  tarikh Hari Penamaan Calon (HPC) PRK Dewan Negeri N.06 Kuala Kubu Baharu, Selangor pada 27 April 2024 (Sabtu). 

2.Pada HPC, kertas penamaan calon hendaklah diserahkan dari  pukul 9:00 pagi sehingga 10:00 pagi kepada Pegawai Pengurus  di Pusat Penamaan Calon (PPC) di Dewan Serbaguna dan  Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor oleh pihak-pihak  seperti berikut:

a) calon, pencadang dan penyokong; atau

b) mana-mana dua (2) orang daripada mereka; atau

c) mana-mana seorang daripada mereka.

3.Bagi melancarkan proses penamaan calon, SPR menyarankan kepada bakal-bakal calon yang ingin bertanding dalam PRK  Dewan Negeri N.06 Kuala Kubu Baharu, Selangor agar mengisi  borang dan membuat semakan awal dengan Pejabat Pegawai Pengurus atau Pejabat Pilihan Raya Negeri Selangor sebelum  HPC. 

4.Selain itu, bakal-bakal calon disarankan untuk membuat  pembayaran deposit lebih awal dan resit pembayaran tersebut  hendaklah dibawa pada HPC sebagai bukti pembayaran. 

5.Bagi bakal-bakal calon yang mewakili mana-mana parti politik pula hendaklah mengemukakan surat kebenaran penggunaan simbol parti yang diwakili apabila membuat penyerahan Kertas  Penamaan Calon.

6.Setiap bakal calon yang hadir ke PPC hanya dibenarkan  diiringi oleh seorang pencadang calon dan seorang  penyokong calon untuk memasuki PPC. Penggunaan semua  jenis alat muzik ataupun pembesar suara bagi tujuan dakyah  politik melalui apa-apa cara termasuk menerusi penggunaan apa  jua jenis kenderaan adalah tidak dibenarkan pada HPC dan  merupakan satu kesalahan di bawah Akta Kesalahan Pilihan  Raya 1954 [Akta 5].

7.Orang awam serta penyokong-penyokong yang mengiringi calon  adalah dilarang menunggu atau berada dalam jarak 50 meter  dari sempadan PPC yang telah ditetapkan.

8.Calon-calon yang telah membayar deposit bahan kempen pilihan  raya sebagaimana diperuntukkan di bawah Akta 5, adalah juga  tertakluk kepada undang-undang kecil mana-mana pihak berkuasa tempatan bagi tujuan mempamer dan mengedarkan  bahan kempen pilihan raya yang mengandungi gambar calon,  lambang / simbol parti dan gambar pemimpin parti gabungan  / komponen secara bersama atau berasingan yang  diwakilinya.

9.SPR menyeru kepada bakal-bakal calon dan parti-parti politik  yang terlibat agar sentiasa mematuhi undang-undang, peraturan,  tata etika dan arahan-arahan yang dikeluarkan oleh SPR, PDRM  dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bagi memastikan proses penamaan calon yang dilaksanakan dapat berjalan dengan baik  dan lancar. 

Sekian, terima kasih.

Nurul Naqiyah