Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Tilam Melengkung & Tenggelam, Ini Tips Agar Tilam Tahan Lama
Jika ditanya tempat berbaring yang paling selesa, sudah pasti tilam ialah jawapannya. Selepas seharian bekerja, merebahkan badan di atas tilam yang empuk dan selesa merupakan nikmat yang tiada dusta.
Tapi, pasti ada yang tidak pernah menukar tilam di rumah. Tilam boleh dikatakan seusia dengan rumah, daripada awal masuk ke rumah tidak pernah ditukar ganti.
Sekiranya masih elok, untuk apa ditukar kan? Tapi, anda sedar tak bahawa lama-kelamaan, tilam boleh melengkung dan tenggelam?
Bila tilam mula melengkung dan tenggelam, sudah pasti anda akan merasa tidak selesa kerana tilam sudah tak mampu memberi sokongan yang baik pada tubuh. Bukan itu sahaja, tidur juga akan terganggu.
Jangan risau, SK ada penyelesaian bagi masalah anda. Hari ini, kami akan berkongsi tips untuk mengelakkan tilam daripada melengkung atau tenggelam. Selepas ini, pasti anda boleh tidur dengan lebih nyaman dan selesa.
Tips ini dikongsikan oleh Goodnite Outlet, menerusi laman TikTok (@goodniteoutlet).
Menurut perkongsian video tersebut, anda hanya perlu melakukan tiga perkara ini agar tilam anda tahan lama.
Yang pertama, pusingkan tilam 180 darjah secara berkala, kira-kira tiga hingga enam bulan sekali.
Kita cenderung untuk tidur di bahagian katil yang sama pada setiap malam. Semasa tidur, berat badan kita akan menjadi tekanan kepada tilam.
Kebiasaannya, berat akan tertumpu pada pinggul apabila berbaring. Lama-kelamaan, ini boleh menyebabkan bahagian tilam itu tenggelam.
Oleh itu, tujuan memusingkan tilam adalah untuk mengagihkan tekanan ke seluruh unit tilam agar lebih sekata dan selesa digunakan dalam jangka masa yang lama.
Yang kedua, pastikan rangka katil mempunyai asas yang kukuh. Hal ini penting bagi mengelakkan tilam daripada melengkung.
Sekiranya rangka katil tidak mempunyai asas yang kukuh, maka katil akan mudah patah dan menyebabkan tilam melengkung.
Yang ketiga, semak waranti tilam. Sekiranya tilam masih dilindungi di bawah jaminan, hubungi pembekal tilam untuk menyemak faedah bagi tilam yang sudah kendur.
Mungkin pembekal boleh membantu menyelesaikan masalah tersebut atau mengganti tilam lama dengan tilam yang baru.
Itulah tiga tips untuk mengelakkan tilam daripada melengkung atau tenggelam. Kalau anda ikut tiga tips ini, pasti tilam anda lebih tahan lama. Tidur pun selesa dan nyenyak.
Selamat mencuba.
BACA: Duduk Rumah Tingkat Selalu Alami Masalah Kebocoran, Apa Perlu Buat?
Sumber: Goodnite Outlet via TikTok