Siakap Keli
Universiti Malaya Mohon Maaf
Gambar: Bernama

Universiti Malaya Mohon Maaf, Kesal Dengan Kenyataan Kontroversi Penceramah Asing

Universiti Malaya Mohon Maaf, Kesal Dengan Kenyataan Kontroversi Penceramah Asing

KUALA LUMPUR — Universiti Malaya (UM) hari ini tampil memohon maaf dan merasa kesal dengan kenyataan kontroversi yang dikeluarkan oleh seorang penceramah warga asing baru-baru ini.

UM dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini menyatakan laporan lengkap berhubung isu ini sedang disediakan dan tindakan tegas akan diambil terhadap mereka yang terlibat.

Pihaknya turut mengambil maklum dengan arahan yang dikeluarkan oleh Menteri Pendidikan Tinggi dan mengambil tindakan serta-merta membatalkan sebarang program dan aktiviti yang dihadiri penceramah warga asing tersebut.

“UM berasa kesal dengan kenyataan kontroversi serta tidak menghomati sentimen masyarakat seperti tular di laman media sosial.

“Demi memastikan perkara seperti ini tidak berulang, UM juga sedang menambah baik prosedur dan garis panduan yang lebih ketat terutamanya semakan latar belakang mana-mana individu atau pihak yang akan bekerjasama termasuklah kajian penilaian risiko profil media sosial,” kata universiti berkenaan.

UM pada masa yang sama turut merasa kesal dan kecewa dengan kenyataan berasingan penceramah warga asing itu berkenaan aspek keselamatan mengembara ke Malaysia.

Dalam pada itu, UM juga menegaskan akan terus mendokong pendirian kerajaan berhubung situasi di Timur Tengah dan semua usaha yang sedang dijalankan.

BACA: Akaun 3 KWSP Bermula 11 Mei Ini

Terdahulu, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) mengarahkan UM untuk menyiasat tindakan seorang penceramah warga asing mengeluarkan kenyataan kontroversi yang dianggap sensitif kepada masyarakat tempatan.

Menterinya, Datuk Seri Zambry Abd Kadir berkata beliau telah mengarahkan sebarang program dan aktiviti yang dijadual dihadiri penceramah itu dibatalkan segera.

“KPT mengambil maklum dan memandang serius isu yang melibatkan seorang penceramah warga asing mengeluarkan kenyataan yang dilihat mencetuskan kontroversi dan tidak menghormati sentimen masyarakat, seperti yang tular di media sosial.

“Saya turut meminta UM untuk menyiasat perkara ini dan melaporkan segera butiran lanjut,” katanya dalam satu kenyataan.

BACA: Boleh Sekali Je, Ini Cara Sebahagian Baki Akaun 2 Dipindahkan Ke Akaun 3 KWSP

Sumber: X @unimalaya

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?