Siakap Keli
legenda epl snbj
Kredit: Bernama

Puji Padang Cantik, Legenda EPL Teruja Main Di SNBJ

Puji Padang Cantik, Legenda EPL Teruja Main Di SNBJ

Pemain Manchester Reds dan Liverpool Reds memuji keadaan rumput yang cantik dan baik di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) ketika beraksi dalam Battle of The Reds di stadium itu pada Sabtu.

Pujian dari legenda Liga Perdana Inggeris (EPL) ini telah memberi nafas lega kepada pihak Perbadanan Stadium Malaysia (PSM), lapor Sinar Harian.

Malah, pemain-pemain legenda ini menyatakan persediaan untuk kembali beraksi di lokasi yang sama pada masa yang akan datang.

Selain PSM, mereka turut menzahirkan pujian kepada ribuan peminat yang hadir menyokong idola masing-masing dengan begitu bersemangat.

Gambar: Bernama

Menurut pengurus Manchester Reds, Teddy Sheringham, mereka teruja dengan keadaan di stadium. Beliau turut memuji para peminat kerana memberikan sorakan padu kepada semua legenda yang beraksi di padang.

“Saya sangat gembira melihat ramai yang hadir ke stadium dan saya berikan 10/10 berkaitan atmosfera di sini.

“Stadium yang besar dan penyokong yang sentiasa bersorak dan buatkan saya berbangga untuk turut serta dalam perlawanan ini.

“Keadaan padang juga cantik dan rata yang membuatkan kami dapat bermain bola sepak dengan baik. Tidak ada aduan berkaitan padang dan kami sedia untuk kembali bagi menebus maruah Manchester Reds,” katanya.

Sebelum ini, SNBJ kerap menjadi bahan kritikan peminat bola sepak disebabkan kerosakan padang dan keadaan rumput yang tidak memuaskan.

Sementara itu, legenda Liverpool Reds, Glen Johnson turut memberikan ulasan positif berhubung peminat yang luar biasa dan keadaan padang yang dianggap baik.

Baginya, keadaan padang yang baik di SNBJ dianggap telah membantu Liverpool Reds untuk membenam Manchester Reds.

Gambar: Bernama

“Ia sangat baik kerana anda dapat mendengar penyokong berada di belakang anda setiap masa.

“Saya juga berikan 10/10 buat penyokong hingga kami berjaya mendapat keputusan yang dimahukan malam ini (Sabtu).

“Padang berada dalam keadaan yang baik dan kami berjaya buktikan Liverpool sentiasa lebih bagus berbanding Manchester United,” katanya.

Sabtu lepas, Liverpool Reds menunjukkan aksi cemerlang di SNBJ dengan kemenangan 4-2 hasil jaringan hatrik Djibril Cisse dan Florent Sinama.

Manakala, Manchester Reds sempat menjaringkan dua gol hasil sentuhan Dimitar Berbatov dan Danny Webber.

BACA: Wajib Ambil Tahu, Doktor Kongsi Lima Sebab Kentut Bau Busuk

Sumber: Sinar Harian

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.