Siakap Keli
rangka manusia gemas
Gambar: Bernama

Rangka Manusia Dijumpai Di Gemas 

Rangka Manusia Dijumpai Di Gemas 

SEREMBAN, 29 April (Bernama) — Satu rangka manusia dijumpai di ladang kelapa sawit Felda Sungai Kelamah, Gemas, Tampin pada 2.10 petang hari ini.

Ketua Polis Daerah Tampin Supt Amiruddien Sariman berkata pihaknya menerima aduan daripada orang awam berhubung penemuan tersebut.

“Berdasarkan maklumat, polis ke lokasi kejadian seterusnya menjumpai rangka manusia iaitu bahagian pinggul hingga kaki di dalam parit kering dan sebuah motosikal.

“Turut dijumpai topi keledar dan tali pinggang serta tengkorak manusia… jarak rangka manusia dengan motosikal itu lebih kurang 15 meter (m), rangka tulang belakang 10m serta tengkorak lebih kurang 80m,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

BACA: Puji Padang Cantik, Legenda EPL Teruja Main Di SNBJ

Beliau berkata rangka berkenaan dihantar ke bilik mayat Jabatan Forensik Hospital Tampin untuk  bedah siasat dan ujian asid deoksiribonukleik (DNA).

Amiruddien berkata kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan siasatan diteruskan bagi mengetahui punca kematian.

Sumber: BERNAMA

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?