Siakap Keli
gunung ruang meletus lagi
Kredit: PVMBG

Gunung Ruang Meletus Lagi, Penduduk Berdekatan Diarah Berpindah

Gunung Ruang Meletus Lagi, Penduduk Berdekatan Diarah Berpindah

Pusat Gunung Berapi dan Tebatan Bencana Geologi (PVMBG) memaklumkan Gunung Ruang di Sulawesi Utara meletus sekali lagi pada hari ini.

Disebabkan itu, status keaktifan gunung berapi terbabit telah meningkat sekali lagi pada paras IV iaitu paling tinggi (Awas).

Menurut maklumat daripada PVMBG, letusan Gunung Ruang berlaku pada pukul 02.35 pagi, waktu Indonesia Barat.

Letusan berkenaan telah direkodkan pada seismograf dengan amplitud maksimum kira-kira 55 milimeter dengan durasi 600 saat.

Selain itu, kepulan asap kelihatan pada puncak gunung berapi, dengan ketinggian kepulan kira-kira 2,000 meter.

“Paras aktiviti Gunung Ruang di Sitaro, Sulawesi Utara, dinaikkan dari tahap III (Siaga) ke tahap IV (Awas),” jelas  PVMBG.

Badan bencana Indonesia itu telah membuat hantaran berkenaan gunung berapi terbabit menerusi akaun X (@PVMBG) pada 10.20 pagi tadi.

PVMBG turut mengingatkan orang ramai untuk tidak berada berdekatan enam kilometer daripada pusat kawah aktif Gunung Ruang.

Manakala, penduduk yang menetap di Pulau Tagulandang iaitu dalam lingkungan enam kilometer dari pusat kawah diarahkan untuk berpindah ke tempat selamat dengan kadar yang segera.

“Masyarakat di Pulau Tagulandang khususnya yang menetap berdekatan gunung terbabit, diminta berjaga-jaga akan potensi lontaran batuan, luruhan awan panas dan tsunami yang disebabkan oleh runtuhan struktur dari gunung api ke dalam laut,” tulis PVMBG.

Penduduk yang duduk berdekatan dengan kawasan tersebut turut dinasihati memakai pelitup muka. Hal ini adalah untuk memastikan abu-abu gunung berapi mengganggu sistem pernafasan.

Penduduk dikejutkan dengan keadaan langit pagi yang  gelap, seakan-akan waktu senja

Letusan Gunung Ruang pada pagi tadi menyebabkan penduduk setempat dikejutkan dengan keadaan langit yang gelap seakan-akan waktu senja.

Hal ini kerana, kepulan asap daripada letusan pada pagi tadi telah menyelubungi langit, sekali gus mengehadkan cahaya matahari.

Beberapa minggu lalu, gunung itu telah meletus sehingga menyebabkan amaran tsunami dikeluarkan kepada penduduk setempat.

BACA: Leftenan Muda Chan Satu-Satunya Penuntut Berbangsa Cina Tamatkan Kursus Asas Komando GGK 2024

Sumber: @PVMBG via X, Detik

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma