Siakap Keli
cara lupus ikan bandaraya
Gambar: Jabatan Perikanan Malaysia

Jabatan Perikanan Dedah Dua Cara Lupus Ikan Bandaraya, Ini Kaedahnya

Jabatan Perikanan Dedah Dua Cara Lupus Ikan Bandaraya, Ini Kaedahnya

Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) menyambut baik tindakan persatuan atau badan bukan kerajaan (NGO) yang berusaha untuk melupus dan menangkap ikan bandaraya, lapor Sinar Harian.

Menurut Ketua Pengarah DOF, Datuk Adnan Hussain, Pejabat Perikanan Kuala Lumpur dan Putrajaya turut terlibat dalam perancangan program bersama komuniti serta agensi-agensi berkaitan untuk mengurangkan populasi ikan berkenaan.

Di samping itu, Adnan turut berterima kasih kepada rakan di luar sana terutama NGO atau persatuan yang mengambil inisiatif melupus dan menangkap ikan bandaraya.

Beliau kemudiannya berkongsi terdapat dua kaedah yang boleh dilaksanakan dalam melupuskan ikan bandaraya.

Dua cara lupus ikan bandaraya didedahkan Jabatan Perikanan Malaysia

“Ada dua kaedah bersesuaian untuk lupus ikan bandaraya ini yang pertamanya adalah ditanam di mana-mana tempat yang sesuai.

Keduanya ada permintaan untuk dijadikan sebagai baja sama ada diproses sebagai makanan ikan atau baja untuk aktiviti tanaman,” katanya seperti dilaporkan Sinar Harian.

Pada masa yang sama, beliau turut menegaskan bahawa DOF mengingatkan orang ramai agar tidak melepas ikan bandaraya ke perairan negara ini.

Katanya, ikan bandaraya memang diketahui akan mengganggu ekosistem negara. Malah, jika dilihat dalam keadaan spesis ikan-ikan tempatan dan asli sukar untuk bertahan, ikan bandaraya sebaliknya dapat hidup dan membiak dengan cepat.

Ikan bandaraya diharap tidak merebak ke perairan lain

“Ini merunsingkan kita. Pemantauan kita ikan ini banyak di perairan Lembah Klang dan harap tidak merebak ke perairan lain,” ujarnya.

Dalam pada itu, orang awam yang tidak tahu bagaimana mahu melupuskan ikan bandara bersaiz besar atau jumlah yang banyak, mereka boleh berhubung dan mendapatkan bantuan daripada pejabat DOF berdekatan.

Berkenaan telur ikan bandaraya yang dikatakan mendapat permintaan orang ramai, Adnan berkata pihaknya perlu melakukan penelitian terlebih dahulu supaya tiada sebarang unsur keracunan.

“Ini bagi memastikan rakyat Malaysia dapat sumber makanan yang benar-benar khasiat,” katanya.

BACA: Kemunculan Fenomena Pelangi Api Di Utara Ohio Tarik Perhatian Warga Maya

Sumber: Sinar Harian

Athirah

When nothing goes right, go left.