Siakap Keli

Monitor Gaming UltraGear™ OLED LG Terbaharu Dengan Dual-Hz Kini Tersedia Untuk Diprapesan

Monitor Gaming UltraGear™ OLED LG Terbaharu Dengan Dual-Hz Kini Tersedia Untuk Diprapesan

KUALA LUMPUR, 29 APRIL 2024 — LG Electronics Malaysia (LG) teruja untuk memperkenalkan monitor gaming UltraGear™ OLED (model 34GS95QE dan 39GS95QE) yang paling inovatif di pasaran Malaysia. Penerima Anugerah Inovasi CES 2024, kedua-dua monitor ini akan mengubah landskap gaming anda dengan menawarkan ketepatan visual dan prestasi yang tiada tandingan.

Mulai hari ini hingga 19 Mei 2024, rakyat Malaysia berpeluang untuk meningkatkan persediaan gaming mereka dengan membuat pra-pesanan monitor canggih ini pada harga bermula RM5,999 hingga RM6,999.

“Pelancaran model 34GS95QE dan 39GS95QE menandakan detik penting dalam evolusi teknologi gaming. Dengan perkembangan landskap gaming yang pesat, komitmen kami adalah untuk mencipta monitor yang bersedia untuk masa depan dan mampu memenuhi kehendak setiap gamer.

Matlamat kami adalah untuk merangkumi semua aspek gaming dengan memastikan monitor kami menyumbang kepada pengalaman gaming yang sejajar dengan intipati jenama kami, ‘Life’s Good’,” kata Justin Choi, Pengarah Urusan LG Electronics Malaysia.

lg

Monitor gaming OLED 4K pertama di dunia dengan Dual-Hz dilengkapi dengan kelengkungan 800R, ciri optimum untuk tontonan meja sedalam 80cm. Prinsip reka bentuk ini memastikan pengalaman visual yang seragam dan konsisten merentas paparan. Ia mengekalkan pencahayaan dan integriti warna yang optimum pada jarak tontonan 800mm untuk pengalaman gaming yang memukau.

Barisan monitor baharu ini menggabungkan teknologi OLED yang dipertingkatkan dengan teknologi MLA+ (Micro Lens Array) untuk paparan gaming terunggul dengan kualiti visual yang terhebat. Rekaan ini dapat mengurangkan pemantulan sambil meningkatkan pencahayaan yang membolehkan monitor mencapai standard HDR True Black 400.

Gamers kini boleh menikmati warna hitam yang pekat, warna yang lebih nyata dan tahap kecerahan yang menghidupkan setiap adegan dengan butiran yang menakjubkan. 

lg

Monitor gaming UltraGear™ OLED mempunyai reka bentuk Unity Hexagonal yang efisien dari segi bentuk dan fungsi. Menampilkan unibody yang anggun dan dirian berbentuk L yang cekap ruang, reka bentuk ini meminimumkan ruang kosong untuk persiapan gaming yang cekap dan estetika. Reka bentuk yang bernas ini memastikan gamer mempunyai lebih banyak ruang untuk bergerak dan meningkatkan keseluruhan persekitaran permainan.  

lg

Dengan masa tindak balas GTG 0.03ms dan kadar penyegaran 240Hz, model 34GS95QE dan 39GS95QE dibina untuk prestasi gaming yang terbaik. Spesifikasi ini memastikan pergerakan lancar dan kadar tindak balas yang cepat untuk memastikan para gamer mempunyai kelebihan daya saing yang diperlukan terutamanya dalam senario gaming yang pantas.

Untuk para gamer yang berminat untuk mendapatkan monitor gaming UltraGear™ OLED 39” dan 34”, kempen pra-pesanan sudah bermula secara eksklusif di Lazada. Tempah sekarang: Link.

Nurul Naqiyah