Siakap Keli

Sambutan Hari Raya HASiL 2024: Gema Lebaran Aidilfitri

Sambutan Hari Raya HASiL 2024: Gema Lebaran Aidilfitri 

CYBERJAYA, 30 April 2024 – Kemeriahan Syawal disambut ceria dengan penganjuran Majlis Hari Raya Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) 2024: Gema Lebaran Aidilfitri di Menara HASiL Cyberjaya pada hari ini. Majlis ini turut diceriakan dengan kehadiran tetamu jemputan yang terdiri daripada pihak-pihak berkepentingan daripada agensi kerajaan dan swasta, rakan-rakan media, Rakan Strategik HASiL (RASH) dan komuniti sekitar Cyberjaya. 

Majlis ini merupakan acara tahunan yang diadakan bagi memupuk semangat perpaduan antara satu sama lain dan mengeratkan hubungan silaturrahim selaras dengan rukun Malaysia Madani yang membawa kesejahteraan sosial dan merayakan kemajmukan. 

gema lebaran aidilfitri hasil

YBhg. Datuk Dr. Abu Tariq bin Jamaluddin, Ketua Pegawai Eksekutif HASiL dalam ucapan beliau merakamkan penghargaan kepada para tetamu atas kesudian hadir ke majlis ini. Beliau juga menyatakan penganjuran majlis seperti ini akan menjadi platform yang lebih terbuka bagi hubungan dua (2) hala di antara HASiLian dan tetamu  jemputan.

Selain itu juga, ianya dapat meluaskan jaringan selain mengeratkan hubungan kerjasama. Secara tidak langsung, ia dapat memperkasakan sinergi antara HASiL dengan pelbagai pihak berkepentingan dalam memacu perkembangan ekonomi untuk mencapai  sasaran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) melalui program-program pembangunan percukaian yang dirangka untuk tahun 2024.

gema lebaran aidilfitri hasil

Di kesempatan ini, HASiL sekali lagi ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh rakyat Malaysia yang meraikannya. 

Untuk sebarang pertanyaan serta maklum balas, sila hubungi kami menerusi: a) Hasil Contact Centre (HCC) di talian 03-8911 1000 / 603-8911 1000  (Luar Negara); 

  1. b) HASiL Live Chat; atau 
  2. c) Borang Maklum Balas di Portal Rasmi HASiL di pautan pantas https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/Public/

Nurul Naqiyah