Siakap Keli
ocean infinity MH370
Kredit: Bernama

Kerajaan Teliti Cadangan Ocean Infinity Mulakan Semula Pencarian MH370

Kerajaan Teliti Cadangan Ocean Infinity Mulakan Semula Pencarian MH370

HULU SELANGOR, 4 Mei (Bernama) — Kerajaan sedang meneliti cadangan syarikat robotik marin Ocean Infinity bagi memulakan semula pencarian pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH370 yang dilaporkan hilang ketika dalam penerbangan ke Beijing, China, 10 tahun lepas.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata berdasarkan perbincangan yang dilakukan pada Khamis, syarikat berkenaan telah menghantar kertas cadangan bersama dengan bukti dan maklumat untuk penelitian pihak berkaitan di bawah kementerian itu.

Beliau berkata perkara berkenaan seterusnya perlu dibentangkan kepada Kabinet sebelum satu perjanjian dimuktamadkan antara kerajaan dan Ocean Infinity, selain menjangkakan proses berkenaan mengambil masa kira-kira tiga bulan untuk diselesaikan.

“Sekiranya semua berjalan dengan lancar, maka mereka menyatakan kesediaan untuk memulakan misi pencarian pada bulan November … (bagaimanapun), kita perlu dapatkan kelulusan Kabinet kerana saya tak boleh mendahului Kabinet.

” … kita perlu berbincang secara lanjut maklumat yang diberikan dan perlu ada satu perjanjian sebab ia melibatkan implikasi kewangan sekiranya pesawat itu dapat dicari,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Karnival Kerjaya ECRL di sini hari ini.

Semalam, Association For Families of the Passengers and Crew on board MH370 dalam hantaran melalui laman Facebook mendedahkan Ocean Infinity telah menghantar kertas cadangan bagi menghidupkan semula pencarian itu kepada Loke.

Syarikat berkenaan antara lain mencadangkan supaya proses pencarian berkenaan dilakukan atas dasar No Find No Fee (tak jumpa tiada bayaran).

Pada 8 Mac 2014, pesawat milik Malaysia Airlines penerbangan MH370 yang membawa sebanyak 239 penumpang dilaporkan hilang ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing.

BACA: Wajib Ambil Tahu, Doktor Kongsi Lima Sebab Kentut Bau Busuk

Sumber: Bernama

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma