Siakap Keli
bunuh kerat badan isteri
Gambar: ANTARA FOTO

Lelaki Dipercayai Bunuh & Kerat Badan Isteri, Bawa Potongan Daging Keliling Rumah Jiran

Lelaki Dipercayai Bunuh & Kerat Badan Isteri, Bawa Potongan Daging Keliling Rumah Jiran

Seorang lelaki dipercayai telah membunuh isterinya dan membawa keratan jasad mangsa keliling kawasan kejiranan dengan menggunakan besen di Jawa Barat, Indonesia.

Kelakuan lelaki terbabit telah dirakam dan video tersebut telah menjadi tular di media sosial negara seberang.

Menurut laporan CNN Indonesia, kejadian pembunuhan itu telah berlaku di Dusun Sindangjaya yang terletak di Jawa Barat.

Suspek merupakan seorang lelaki berusia 41 tahun, manakala mangsa pula iaitu isteri kepada suspek berusia dalam lingkungan 40 tahun.

Ketua Rukun Tetangga tempatan menjelaskan bahawa kejadian ngeri itu diketahui penduduk di kawasan terbabit pada pagi Jumaat. Yoyo berkata, beliau mengetahui mengenai perkara tersebut ketika bergegas ke tempat kerja.

Jelasnya, suspek didakwa telah membawa sebuah besen yang berisi potongan jasad mangsa yang dikerat kepada beberapa bahagian.

“Pada awalnya, saya tidak tahu ada pembunuhan. Suspek telah membawa besen berisi daging sambil berkata ‘beli daging (nama mangsa), beli daging (nama mangsa).

“Jadi, daging tersebut telah dibawa ke merata-rata tempat,” ujar Yoyo ketika ditemubual pihak Detik.

Ketika beliau mengetahui bahawa tindakan suspek memiliki unsur jenayah, beliau segera membuat laporan di Balai Polis Rancah.

Tidak lama selepas laporan dibuat, beberapa pegawai dan anggota polis telah tiba di lokasi dan memberkas suspek.

Setakat ini, Yoyo masih tidak dapat mengenalpati motif suspek untuk melakukan pembunuhan dan mengerat jasad isterinya kepada beberapa bahagian.

Berdasarkan pengamatannya, suspek merupakan seorang yang berkelakuan normal, tidak panas baran serta tidak menganggu jiran tetangga.

“Kerjanya setiap hari menjual dan membeli kambing. Kalau suspek dikatakan bankrap, tidak juga kerana perniagaannya masih berjalan,

“Semalam, suspek masih juga membawa hasil jualan biri-birinya,” kata Yoyo.

Selain itu, Ketua Polis Ciamis, Asisten Komisioner Besar Polis (AKBP) Akmal menjelaskan suspek dipercayai melakukan pembunuhan terbabit di jalan kampung.

“Kejadian tersebut berlaku lebih kurang pukul 07.30 pagi, Waktu Indonesia Barat (WIB). Lokasi kejadian di jalan Dusun Sindangjaya, Desa Cisontrol.

“Pihak kami mendapat laporan dari orang awam dan segera bergegas ke lokasi kejadian. Kami baru sahaja selesai menjalankan siasatan di lokasi terbabit,” jelas Akmal saat ditemui di lokasi kejadian.

Beliau turut menjelaskan keadaan mangsa yang telahpun meninggal dunia dan jasadnya dikerat kepada beberapa bahagian.

“Secara teknikalnya, kami masih belum dapat menjelaskan keadaan mangsa secara menyeluruh.

“Jasad mangsa telah dibawa ke hospital untuk tujuan bedah siasat. Suspek bagi kes pembunuhan setakat ini adalah suami kepada mangsa,” terang Akmal.

Pada masa yang sama, suspek telah dibawa ke pejabat Balai Polis Rancah dan kemudiannya, dibawa ke Balai Polis Ciamis. Pihak polis juga telah menemui beberapa bahan bukti seperti pisau yang digunakan untuk memotong anggota badan mangsa.

Dalam pada itu, pihak polis turut mengesyaki pelaku mengalami masalah kemurungan.

“Suspek disyaki mengalami masalah kemurungan tetapi masih perlu mendapat pengesahan daripada pakar psikiatri,” jelas Akmal.

BACA: Wajib Ambil Tahu, Doktor Kongsi Lima Sebab Kentut Bau Busuk

Sumber: CNN  Indonesia

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma