Siakap Keli
Motosikal Langgar Kerbau
Kredit: Sinar Harian

Motosikal Langgar Kerbau, Penunggang Maut Di Tempat Kejadian

Motosikal Langgar Kerbau, Penunggang Maut Di Tempat Kejadian

Seorang cef di sebuah hotel di Kuantan maut selepas motosikal yang ditunggang melanggar seekor kerbau di Jalan Sungai Panching Timur, pada awal pagi Selasa.

Dalam kemalangan yang berlaku kira-kira jam 5.30 pagi itu, mangsa, Muhammad Firdaus Mohamad, 28 tahun, dilaporkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, siasatan awal mendapati mangsa sedang menunggang motosikal jenis Yamaha YZR-R15 dalam perjalanan dari arah Felda Panching Timur menghala ke arah bandar Kuantan.

Kata beliau, semasa tiba di lokasi kejadian, mangsa dipercayai gagal mengelak kerbau tersebut yang berada di atas jalan menyebabkan mangsa melanggarnya.

“Akibat kemalangan tersebut, mangsa mengalami cedera parah dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya.

Tambahnya lagi, mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) bagi tujuan bedah siasat.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” ujarnya.

BACA: Bukan Makanan, Tuan Rumah Beri “Goodies” Tilam Kepada Tetamu Majlis Kahwin

BACA: Apa Beza Status Tanah Hakmilik Sementara, Hakmilik Kekal, “Leasehold” & “Freehold”?

Sumber: Sinar Harian

Athirah

When nothing goes right, go left.