Siakap Keli
selangor asingkan pemain
Gambar: Selangor FC

Selangor Asing Beberapa Pemain Berpotensi Jadi Mangsa Serangan Seterusnya

Selangor Asing Beberapa Pemain Berpotensi Jadi Mangsa Serangan Seterusnya

Negara baru-baru ini dikejutkan dengan insiden simbahan asid yang menimpa pemain bola sepak kebangsaan, Faisal Halim.

Faisal yang juga pemain sayap lincah Selangor FC dilapor mengalami kelecuran tahap 4 dan sedang berada di Unit Rawatan Rapi (ICU) di sebuah hospital swasta.

Susulan itu, Selangor FC ketika ini difahamkan sedang melakukan pengasingan melibatkan beberapa pemainnya yang berpotensi menjadi mangsa serangan berikutnya.

Perkara berkenaan dimaklumkan oleh wartawan Astro Arena, Fina Nasrom melalui satu hantaran di akaun X beliau, @fnasrom sebentar tadi.

Menurut Fina, sumber dalaman SFC memaklumkan bahawa tindakan drastik itu diambil demi menjamin keselamatan pemain berkenaan setelah insiden simbah asid yang menimpa Faisal.

Dalam pada itu, sesi latihan pasukan Selangor FC akan tetap berjalan seperti biasa tetapi dengan pengawasan yang amat ketat, lapor Stadium Astro.

BACA: Faisal Halim Disimbah Asik Sulfurik Pekat, Bakal Jalani Satu Lagi Pembedahan Petang Ini

Sumber: Stadium Astro

Sharifah Hannah Adibah