Siakap Keli
Fakta Faisal Halim
Gambar: FAM

Antara Lima Terbaik Dalam Program Mencari Ramli, Ini Fakta Tentang Faisal Halim

Antara Lima Terbaik Dalam Program Mencari Ramli, Ini Fakta Tentang Faisal Halim

Membawa fenomena “Siuu”, siapa sahaja yang tidak mengenali pemain Malaysia yang menyarung jersi bernombor ‘7’  ini, tentunya ramai mengenali Faisal Halim, yang kian ‘menaik’ pada waktu ini.

Bertubuh kecil namun semangat juangnya di atas padang terserlah dengan gaya permainan yang dipamerkan dan berhasil menambat hati para peminat bola sepak tanah air.

Faisal yang kini sedang berada di puncak prestasi atau prime telah menjadi mangsa simbahan asid dalam satu kejadian pada Ahad lalu.

Insiden itu telah mengejutkan peminatnya dan telah mendapat perhatian orang ramai termasuk menjadi detik hitam terhadap bola sepak Malaysia.

Meskipun telah melakar nama dalam arena bola sepak pada beberapa tahun yang lalu, namun masih ramai yang belum mengetahui tentang Faisal.

Sehubungan itu, SK hari ini akan berkongsikan fakta mengenai pemain ini dengan lebih mendalam di bawah.

Biodata Faisal

Faisal atau nama sebenar Muhammad Faisal Bin Abdul Halim telah lahir pada 7 Januari 1998.

Anak kelahiran Mengkuang Titi, Seberang Perai Pulau Pinang ini merupakan seorang pemain bola sepak profesional Malaysia.

Karier bola sepak Mickey

Sejak di usia muda, bakat Faisal atau mesra dengan gelaran Mickey telah dikesan selepas menyertai program realiti seperti Soccer Kids dan Mencari Ramli pada suatu ketika dahulu.

Bakatnya dalam bola sepak berjaya membawa dirinya menjadi antara “Ramli” yang dicari dan berpeluang menjejakkan kaki di Old Trafford.

Gambar: Unifi TM

Pada usia 17 tahun, dia mula diserapkan ke dalam skuad utama Penang FC di Piala Malaysia 2015, petik Stadium Astro.

Disebabkan gaya permainannya yang menarik, Faisal berjaya memancing pasukan dari Pantai Timur, Pahang FC untuk meminangnya.

Bukan itu sahaja, Faisal menjadi antara tonggak penting dalam pasukan itu dalam saingan Liga Super.

Bintang Terengganu

Fakta Faisal Halim
Gambar: Facebook TFC

Pada 2021, Faisal mengubah angin selepas di pinang oleh Terengganu FC yang berada di bawah naungan jurulatih Nafuzi Zain pada ketika itu.

BACA: Bersifat Menghakis, Ketahui Apa Itu Asid Sulfurik Dan Kesan Kepada Kulit Manusia

Di sini, Faisal semakin dikenali ramai selepas prestasinya yang cukup ‘meletop’ apabila menjaringkan 21 gol dari 42 pertandingan bersama Terengganu di Liga Super Malaysia.

Malah selebrasi “siu” juga telah bermula di situ.

Prestasi yang cemerlang bersama kelab, Faisal telah mendapat “call-up” menyarung jersi kebanggaan “kuning hitam”, iaitu Harimau Malay yang merupakan skuad kebangsaan.

“SIUUUUU……..”

Gambar: FAM

Tidak hanya itu, dia juga diberikan amanah untuk menggunakan nombor ‘7’  dan tugas itu digalas baik olehnya sehingga di gelar “CR Malaysia” kerana sering meraikan gol dengan selebrasi yang dilakukan oleh bintang Portugal, Cristiano Ronaldo.

Faisal kemudian bertemu jodoh dengan Selangor FC pada 2022 selepas menandatangani kontrak dan bergelar pemain kelab itu sehingga kini.

Momen manis Faisal sebagai pemain bola sepak

Fakta Faisal Halim
Gambar: Bernama

Tidak dilupakan adalah gol cantik penyamaan Faisal sewaktu menentang Korea Selatan dalam perlawanan Kumpulan E Piala Asia Qatar pada tahun ini.

Apatah lagi, gol tersebut diangkat sebagai gol tercantik sepanjang kejohanan apabila Faisal bijak memperdayakan penjaga gol Taeguk Warriors itu dan dua pemain pertahanan untuk meletakkan bola dalam gawang lawan.

Pemain sayap kiri itu merupakan antara kesebelasan utama buat Skuad Harimau Malaya kerana seorang pemain yang cepat dan lincah.

Semoga Faisal Halim dan ahli keluarga dapat melalui waktu-waktu sukar ini dan berharap pemain berusia 26 tahun itu kembali semula menjejakkan kaki di atas padang.

Sumber: Stadium Astro, Unifi TM

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?