Siakap Keli
perlawanan sumbangsih dijalankan
Gambar: BERNAMA

Perlawanan Sumbangsih Dijalankan Mengikut Jadual- MFL 

Perlawanan Sumbangsih Dijalankan Mengikut Jadual- MFL

Malaysian Football League (MFL) mengumumkan liga Malaysia (Liga M) kekal diteruskan mengikut jadual termasuk Perlawanan Sumbangsih selepas mendapat jaminan keselamatan daripada polis.

MFL dalam satu kenyataan rasmi hari ini memaklumkan pihaknya telah mengadakan mesyuarat bersama semua ketua pegawai keselamatan kelab Liga Malaysia hari ini bagi memastikan koordinasi keselamatan bagi setiap perlawanan Liga Malaysia musim ini dipertingkatkan.

Susulan itu, pertembungan antara Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Selangor FC (SFC) di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), Jumaat ini akan tetap dilangsungkan walaupun SFC meminta aksi itu ditangguhkan ke tarikh yang baru.

“Selain itu, jaminan keselamatan kepada pemain dan penyokong bagi Perlawanan Sumbangsih di antara JDT dan Selangor FC di SSI telah diberikan oleh Ketua Polis Johor Komisioner M Kumar.

“Beliau mengumumkan bahawa seramai 1,500 anggota polis akan dikerah untuk bertugas, termasuk membuat kawalan dan pemeriksaan ketat pada perlawanan itu berbanding hanya 500 anggota pada kebiasaannya.

“Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain dalam kenyataan hari ini menyatakan bahawa persediaan keselamatan pegawai dan anggota polis akan dipertingkatkan.

BACA: Troli Dah Penuh, Ni Cara Nak ‘Check Out’ Barang Serendah RM1 Kat Shopee

“Justeru dengan persiapan keselamatan yang dilakukan oleh pihak Polis, MFL membuat keputusan bahawa semua perlawanan Liga Malaysia yang akan berlangsung minggu ini akan jalankan mengikut jadual termasuk Perlawanan Sumbangsih.

“Dengan jaminan keselamatan oleh pihak Polis, MFL terpaksa menolak permohonan Selangor FC untuk menangguhkan Perlawanan Sumbangsih itu atas faktor kebimbangan mengenai tahap keselamatan pasukan,” maklum badan liga bola sepak berkenaan.

Sementara itu, MFL juga menzahirkan rasa simpati dan kesal di atas insiden yang menimpa tiga pemain Liga Malaysia Akhyar Rashid (Terengganu FC), Faisal Halim (Selangor FC) dan Safiq Rahim (Johor Darul Ta’zim).

Jelasnya, insiden berasingan ini telah menggemparkan negara khususnya penyokong bola sepak tempatan yang kini bersatu menyatakan sokongan dan mendoakan agar pemain terlibat dalam keadaan baik.

“MFL mengambil pendirian mengutuk sekeras-kerasnya sebarang bentuk keganasan ke atas mana-mana pemain dan berharap kes ini dapat disiasat secara terperinci oleh pihak berkuasa bagi tindakan lanjut.

“MFL tidak pernah berkompromi dalam memastikan keselamatan pemain serta penyokong yang hadir ke stadium bagi menyaksikan perlawanan Liga Malaysia menerusi kerjasama pasukan dan pihak berkuasa tempatan,” maklum kenyataan tersebut pada hari ini.

Sumber: MFL

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?