Siakap Keli
kpm guru kasari murid
Gambar: Bernama

MOU Kerjasama Strategik KPT-MIDA Dan Portal Tenaga E&E Perkasa Pembangunan Bakat Tempatan

MOU Kerjasama Strategik KPT-MIDA Dan Portal Tenaga E&E Perkasa Pembangunan Bakat Tempatan

Sebuah Memorandum Persefahaman (MOU) antara Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) telah ditandatangani hari ini, seiring dengan aspirasi Ekonomi MADANI, Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030), dan Pelan Tindakan Pendidikan Tinggi Malaysia 2022-2025. MOU ini bertujuan untuk mencipta graduan dan bakat mahir yang akan menempatkan Malaysia di kalangan 30 ekonomi terbesar di dunia menjelang 2033.

Majlis tersebut juga menyaksikan pelancaran portal MoHE Research and Industry Infused Incubator (MRI3), hasil kerjasama antara Konsortium Elektrik dan Elektronik Universiti Malaysia (CEE) yang terdiri daripada 19 universiti awam bersama 27 syarikat. Portal MRI3 ini dibangunkan untuk membangunkan bakat dengan pengetahuan dan kemahiran yang sesuai dengan keperluan industri elektrik dan elektronik (E&E).

Melalui portal ini, industri dapat mengiklankan penawaran latihan industri, senarai bidang tumpuan projek tahun akhir, serta membuat tapisan pelajar. Pelajar juga dapat menggunakan portal ini untuk membuat permohonan dan memuat naik resume mereka.

Inisiatif ini bertujuan untuk menangani ketidaksepadanan antara kemahiran tenaga kerja dan keperluan industri, serta meningkatkan peluang pekerjaan dan gaji yang lebih baik. Dengan usaha ini, MIDA dan KPT bekerjasama untuk memenuhi keperluan tenaga kerja mahir industri.

Pada majlis hari ini, terdapat pertukaran Memorandum Persefahaman (MOU) antara Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dan tiga syarikat terkemuka dalam industri teknologi tinggi, iaitu Micron Memory Malaysia Sdn. Bhd, Stellantis Gurun (Malaysia) Sdn. Bhd, dan Inari Technology Sdn. Bhd. MOU ini bertujuan untuk membangun tenaga kerja mahir dengan meningkatkan kerjasama antara sektor akademik dan industri. Usaha ini merupakan inisiatif berterusan pihak KPT dan MIDA untuk meningkatkan kebolehpasaran graduan serta daya saing industri Malaysia.

Antara bidang kerjasama yang telah dipersetujui dalam MOU tersebut termasuklah  pembangunan dan penambahbaikan modul program, latihan serta pensijilan profesional, perkongsian pengetahuan dan kepakaran serta penyelidikan dan inovasi. 

Dalam pada itu, dengan wujudnya kerjasama ini dapat mengukuhkan lagi matlamat  agenda nasional negara bagi meningkatkan daya saing Malaysia secara global selain  mampu mewujudkan sebuah ekosistem yang dinamik untuk mencungkil bakat tempatan  serta mendorong pembangunan sosio-ekonomi bagi memacu pertumbuhan industri  negara. 

Nurul Naqiyah