Siakap Keli
beli cuckoo menang kondo

Peraduan ‘Beli CUCKOO Menang Kondo’ Kembali, Lancar Mesin Basuh & Pengering Pertamanya

Peraduan ‘Beli CUCKOO Menang Kondo’ Kembali, Lancar Mesin Basuh & Pengering Pertamanya

Kuala Lumpur, 8 Mei 2024 – Bagi merancakkan lagi usahanya untuk memberi inspirasi kepada lebih ramai orang memiliki kehidupan yang lebih sihat, CUCKOO International (MAL) Sdn. Bhd. (CUCKOO International, CUCKOO), jenama Pencipta Kediaman Sihat (Healthy Home Creator) terkenal Malaysia, membawa kembali Peraduan ‘Beli CUCKOO Menang Kondo’ yang dinanti-nanti oleh orang ramai dan melancarkan mesin basuh & pengering pertamanya, CUCKOO KNIGHT 10KG / 7KG Front Load Washer & Dryer with AI Smart Wash.

Selain daripada menyuntik keterujaan dalam pasaran, pelancaran rangkaian produk terbaharu ini juga merupakan usaha jenama Pencipta Kediaman Sihat tersebut untuk memperkenalkan penyelesaian Kediaman Sihat yang lebih lengkap dan holistik. 

“Di CUCKOO International, kami sentiasa berusaha melangkaui batasan (Beyond Standards) sedia ada untuk menjadi destinasi sehenti kepada rakyat Malaysia dari semua lapisan masyarakat yang ingin memiliki gaya hidup yang lebih sihat. Ini termasuk usaha untuk mengetengahkan inisiatif yang boleh menggalakkan rakyat Malaysia menjadi #SAMASAMAHealthier dan usaha untuk berinovasi bagi memenuhi keperluan rakyat Malaysia yang pelbagai.

beli cuckoo menang kondo
Peraduan “Beli CUCKOO Menang Kondo” yang dinanti-nanti kembali untuk memberi inspirasi kepada rakyat Malaysia untuk memulakan perjalanan ke arah kehidupan yang lebih sihat.

Peraduan ‘Beli CUCKOO Menang Kondo’ yang dibawa kembali dan pelancaran rangkai produk terbaharu kami merupakan antara usaha-usaha yang mencerminkan semangat berterusan kami untuk memberi inspirasi dan mencipta kediaman yang lebih sihat untuk rakyat Malaysia sejak 10 tahun lalu,” kata Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif CUCKOO International, En. KC Hoe (Hoe Kian Choon).

Kembalinya Peraduan ‘Beli CUCKOO Menang Kondo’ Yang Dinanti-Nanti

Selepas dua edisi yang sangat berjaya, Peraduan ‘Beli CUCKOO Menang Kondo’ kembali dengan satu lagi peluang menarik yang mengajak semua rakyat Malaysia untuk mengorak langkah ke arah kehidupan yang lebih sihat. Dengan memiliki sebuah produk CUCKOO, rakyat Malaysia akan diberi peluang untuk memenangi sebuah rumah impian dan hadiah-hadiah peraduan dengan nilai keseluruhan melebihi RM1 juta!

Untuk menyertai peraduan ini, rakyat Malaysia yang diajak untuk menjadi #SAMASAMAHealthier hanya perlu membeli dan memasang mana-mana produk CUCKOO* dari 1 Mei 2024 hingga 30 Jun 2024. Setiap pemasangan produk CUCKOO akan melayakkan pelanggan ke peraduan secara automatik dan mendapat peluang untuk memenangi kediaman-kediaman yang dibangunkan oleh NCT Group, iaitu sebuah pangsapuri servis Grand Ion Majestic yang mewah (Hadiah Utama) ataupun sebuah rumah teres dua tingkat Ion Belian Garden yang menawan (Hadiah Pertama).

beli cuckoo menang kondo
Mesin Basuh & Pengering CUCKOO KNIGHT yang dikuasakan oleh AI baharu direka untuk memenuhi keperluan sofistikated rakyat Malaysia dan membolehkan pengguna menikmati cucian yang ‘Melangkaui Kesegaran’.

Peraduan ‘Beli CUCKOO Menang Kondo’ yang dibawa kembali merupakan salah satu daripada pelbagai inisiatif dipelan untuk menyambut ulang tahun ke-10 kami yang akan datang akhir tahun ini. Sambutan ini telah bermula dengan Bazar CUCKOO X RIUH: #SAMASAMA Raya sebelum ini serta pengumuman barisan duta jenama CUCKOO yang baharu diwakili oleh Dato’ Sri Siti Nurhaliza, Jaclyn Victor dan Phei Yong.

Melalui komitmen berterusan kami untuk melangkaui norma industri, kami yakin bahawa usaha kami akan terus membawa pelbagai keterujaan kepada pelanggan dan peminat kami dan menambah nilai dalam perjalanan mereka ke arah kehidupan yang lebih sihat,” kata Encik Hoe.

Selepas 30 Jun 2024, dua pemenang akan disenarai pendek secara rawak menggunakan sistem pemilihan berkomputer automatik. Peraduan ‘Beli CUCKOO Menang Kondo’ kali ini juga berbeza daripada edisi sebelumnya yang mempunyai cabutan bulanan atau dua mingguan dengan cabutan yang dibuat sekali sahaja selepas tamatnya tempoh peraduan. Selepas cabutan dibuat, pemenang yang disenarai pendek akan dihubungi untuk langkah tuntutan hadiah serta diberi maklumat berkenaan upacara penyerahan kunci akan diumumkan kemudian.

CUCKOO Tampilkan Mesin Basuh & Pengering Pertama, Lengkap Dengan Teknologi Cucian Canggih

Selain daripada peraduan yang diadakan, CUCKOO International juga telah terus mempamerkan komitmennya terhadap kemajuan teknologi dengan pelancaran CUCKOO KNIGHT 10KG / 7KG Front Load Washer & Dryer with AI Smart Wash. Pelancaran mesin basuh & pengering ini juga merupakan rangkaian produk ke-9 di bawah jenama Pencipta Kediaman Sihat tersebut, sekali gus meluaskan dan melengkapkan lagi penyelesaian Kediaman Sihatnya.

“Kami sangat teruja untuk memperkenalkan rangkaian produk terbaharu kami, iaitu Mesin Basuh & Pengering CUCKOO KNIGHT kami yang direka untuk merevolusikan kecekapan pencucian bagi semua rakyat Malaysia. Dengan ciri-ciri berinovasi dan teknologi canggih, Mesin Basuh & Pengering CUCKOO KNIGHT kami menjanjikan pengalaman cucian yang lebih mudah selaras dengan komitmen kami untuk menambah baik kehidupan seharian pelanggan kami dan usaha memperkenalkan penyelesaian yang lebih holistik bagi membolehkan kehidupan yang lebih sihat dan bahagia,” tambah Encik Hoe.

Mesin Basuh & Pengering CUCKOO KNIGHT mencerminkan falsafah syarikat untuk melangkaui batasan dengan memastikan cucian yang ‘Melangkaui Kesegaran’ melalui teknologi-teknologi yang bukan sahaja membolehkan pencucian khusus malah dapat mensterilkan cucian untuk menyingkirkan bakteria dan bauan Untuk Kesegaran Yang Berkekalan. Ciri-ciri utama mesin basuh & pengering 2-dalam-1 yang dibina dengan warna badan Titanium Blue yang elegan termasuk:

1.Cucian Pintar AI (AI Smart Wash): Sistem pintar yang mengira berat beban cucian dan melaraskan paras air serta jenis kitaran basuhan secara automatic bagi membolehkan pengguna menjimatkan masa basuhan tanpa menjejaskan hasilnya.

2.Cucian Sterilisasi (Sterilise Wash): Ciri ini menyingkirkan pelbagai kotoran termasuk lumpur, kotoran berminyak dan sebum pada pakaian kotor, serta menghapuskan sehingga 99.99% bakteria**.

3.Cucian Menggunakan Udara (Air Wash): Kaedah pencucian ini menyegarkan dan menyingkirkan bauan dari cucian.

4.14 Program: Mesin basuh & pengering ini menawarkan pelbagai program, setiap satu direka untuk memberikan hasil pembersihan terbaik berdasarkan keperluan khusus tidak kira dari fabrik halus atau cucian yang sangat kotor.

5.Jimat Ruang: Dengan reka bentuk kompak 2-dalam-1, mesin basuh & pengering ini membolehkan penggunaan ruang secara cekap tanpu keperluan memiliki dua mesin berasingan.

6.Panel Skrin Sentuhan: Panel skrin sentuhan mesra pengguna membolehkan kawalan intuitif bagi pengguna sesuaikan setiap kitaran basuhan berdasarkan keperluan dengan hanya satu sentuhan, sekali gus meningkatkan pengalaman cucian pengguna.

Mesin basuh & pengering canggih ini boleh dimiliki secara mampu milik dengan sewaan RM130 sebulan (Pelan Sewaan 3 Tahun) dengan 3 tahun waranti*. Sebagai alternatif, bagi mereka ingin membuat bayaran sekali, mereka boleh mempertimbang untuk membeli pada harga RM3,900 dengan 1 tahun waranti*.

Bagi yang berminat, mereka boleh melihat Mesin Basuh & Pengering CUCKOO Knight ini yang akan dipamerkan kepada umum buat kali pertama di HOMEDEC Kuala Lumpur, dari 2 – 5 Mei 2024, di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).

“Kami bukan sekadar mencipta produk, tetapi juga mencipta pengalaman yang memenuhi dan sesuai dengan pelbagai keperluan dan kehendak pengguna Malaysia. Inilah yang kami lakukan secara berterusan sepanjang 10 tahun ini. Dengan Mesin Basuh & Pengering CUCKOO KNIGHT yang kami baru perkenal, kami terus menawarkan rangkaian produk yang paling pelbagai dan meluas dalam industri peralatan rumah dan barangan rumah sewaan (rental home appliance and household goods industry).

Ini hanyalah permulaan perjalanan kami. Kami akan terus berinovasi dan memperkenalkan lebih banyak penyelesaian Kediaman Sihat yang direka ‘Untuk Setiap Kamu’ (‘For All Kinds of You’) yang anda boleh nantikan,” kata Encik Hoe.

Maklumat lanjut dan terkini mengenai Peraduan ‘Beli CUCKOO Menang Kondo’ boleh didapati melalui https://www.cuckoo.com.my/contest/2024/condo dan di platform media sosial rasmi CUCKOO International (Facebook: CUCKOOInternational | Instagram: @cuckoo_official).

Untuk maklumat lanjut mengenai Mesin Basuh & Pengering CUCKOO KNIGHT, sila layari www.cuckoo.com.my.

*Tertakluk pada terma & syarat.

**Diuji dan diiktiraf oleh Institut Penyelidikan Perkakas Elektrik Rumah China (CHEARI).

Nurul Naqiyah