Siakap Keli
maritim malaysia diiktiraf dunia

Peranan Dan Tanggungjawab Maritim Malaysia Diiktiraf Dunia

Peranan Dan Tanggungjawab Maritim Malaysia Diiktiraf Dunia

KUALA LUMPUR, 7 Mei – Maritim Malaysia telah diakui di peringkat global atas peranannya yang penting dan tanggungjawab mereka.

Bukti ini terlihat melalui penerimaan permintaan untuk pertemuan bilateral oleh deligasi tentera dan agensi penguat kuasa luar negara seperti Turkiye, India, Singapura, Indonesia, Thailand, Bangladesh dan Filipina serta wakil kedutaan Ukraine di Malaysia, Mykhailiuk Denys sempena Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan Pameran Keselamatan Kebangsaan (NATSEC) Asia 2024 yang berlangsung di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MiTEC) bermula semalam. 

Laksamana Madya Maritim Datuk Saiful Lizan Ibrahim, Pemangku Ketua Pengarah Maritim Malaysia menyatakan bahawa Maritim Malaysia memainkan peranan penting dalam menjaga kedaulatan perairan negara serta penguatkuasaan selain memperkasakan kerjasama serantau terutamanya di sempadan maritim negara.

Maritim Malaysia juga menegaskan komitmen mereka bagi memastikan kawalan sempadan maritim yang cekap dan efektif yang mana ia membuktikan keupayaan mereka untuk bergerak seiring dengan perkembangan global serta menangani cabaran semasa dalam domain maritim. 

Beliau berkata demikian selepas menerima kunjungan hormat Timbalan Komander Pusat Pemerintahan Bekalan dan IT, Kementerian Pertahanan Belanda, Major General Ludy Schmidt di sini hari ini.

Menurut Datuk Saiful lagi, Maritim Malaysia juga diiktiraf atas usahanya dalam meningkatkan kesedaran awam mengenai keselamatan maritim dan kepentingan menjaga perairan negara serta laluan perdagangan antarabangsa seperti Laut China Selatan dan Selat Melaka. 

Pengiktirafan ini memberi dorongan kepada pegawai dan anggota penguat kuasa Maritim Malaysia untuk meningkatkan kecekapan dan keupayaan mereka dalam memelihara keselamatan maritim negara

Maritim Malaysia juga menerima kunjungan dari pemain industri pertahanan dalam dan luar negara.

Nurul Naqiyah