Rakyat Malaysia Bersatu, Kempen #StandWithFaisalHalim Trending Di Media Sosial
Baru-baru ini, negara dikejutkan dengan insiden pemain Selangor FC, Faisal Halim yang menjadi mangsa serangan simbahan asid pada Ahad lepas.
Kejadian itu menyebabkan Faisal yang juga pemain kebangsaan mengalami kelecuran tahap hempat hingga terpaksa dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) di sebuah hospital swasta.
Malah, beliau juga terpaksa menjalani beberapa pembedahan bagi merawat kecederaan yang menimpanya. Sebelum ini, Astro Arena turut melaporkan Faisal dipercayai disimbah dengan menggunakan asid sulfurik pekat.
Mujurlah, dalam perkembangan terkini, keadaan Faisal dilaporkan berada dalam keadaan stabil. Beliau juga turut sudah menjamah makanan dan mula melakukan latihan ringan.
Namun yang pastinya, insiden menimpa Faisal turut memberi kesan kepada seluruh negara, lebih-lebih lagi dalam kalangan peminat bola tempatan.
Orang ramai khususnya pengguna warga maya tampil menunjukkan solidariti bersama Faisal menerusi hantaran-hantaran yang disertakan bersama tanda pagar #StandWithFaisalHalim.
Sehingga saat ini, Faisal dan tanda pagar berkenaan telah menjadi trending di pelbagai platform media sosial, khususnya di Facebook dan X (dahulunya Twitter).
Kempen solidariti #StandWithFaisalHalim Stop The Violence jadi trending
Untuk pengetahuan pembaca, tanda pagar berkenaan dimulakan oleh majikan Faisal, Selangor FC ketika melancarkan kempen solidariti ‘Stand With Faisal Halim. Stop The Violence!’.
“Tiada ruang untuk keganasan dalam sukan yang kita cintai ini. Bola sepak adalah sukan yang menyatukan dan bukan untuk memecahbelahkan kita. Pemain-pemain bola sepak berusaha dan bekerja keras untuk kita.
“Seperti mana-mana atlet lain, Faisal Halim, tiada bezanya. Beliau telah memberikan segalanya untuk kita meraikan kegembiraan bersama.
“Bukan sahaja untuk kelab, malah di peringkat kebangsaan. Paling diingati, baru-baru ini, gol ikoniknya menentang Korea Selatan dalam Piala Asia AFC 2023, membawa sorakan paling gemuruh di tanah air.
“Kini, giliran kita pula untuk memberi sokongan padu kepada wira negara kita. Mari berdiri teguh di belakang insan yang mempunyai impian yang besar dalam bola sepak.
“Ini bukan sekadar bola sepak tetapi ini tentang perihal kemanusiaan. Justeru, sebagai tanda solidariti bersama Faisal Halim, kami di Selangor FC ingin menyeru orang ramai untuk membanteras keganasan dalam apa jua bentuk.
“Tiada tempat untuk keganasan. Sama-samalah kita mendoakan kesejahteraan beliau dan semoga beliau cepat pulih sediakala,” ujar Selangor FC.
𝐒𝐓𝐀𝐍𝐃 𝐖𝐈𝐓𝐇 𝐅𝐀𝐈𝐒𝐀𝐋 𝐇𝐀𝐋𝐈𝐌, 𝐒𝐓𝐎𝐏 𝐓𝐇𝐄 𝐕𝐈𝐎𝐋𝐄𝐍𝐂𝐄
Tiada ruang untuk keganasan dalam sukan yang kita cintai ini. Bola sepak adalah sukan yang menyatukan dan bukan untuk memecahbelahkan kita. Pemain-pemain bola sepak berusaha dan bekerja keras untuk… pic.twitter.com/tCagFtbgLB
— Selangor FC (@selangorfc) May 7, 2024
Penyanyi dan wakil rakyat, Altimet mendoakan Faisal dari Tanah Suci
Kempen berkenaan berkenaan pantas menjadi tular dan mendapat sambutan hangat daripada warga maya. Antara yang terawal menyambut kempen tersebut adalah kelab bola sepak PDRM FC.
A reflection of humanity. We are with you. #FH7 ❤️ pic.twitter.com/9vOTokG9TC
— PDRM Football Club (@officialpdrmfc) May 7, 2024
On behalf of #FH7 , thank you @officialpdrmfc ! Tiada sukan yang lebih besar dari nyawa! 🙏🏻❤️🥹 https://t.co/H4WbGr6QR6
— Selangor FC (@selangorfc) May 7, 2024
Menerusi video yang dikongsikan oleh @altimet yang kini merupakan seorang ADUN turut bersama-sama dalam kempen tersebut.
“I stand with you, Faisal. Saya akan melihat awak kembali main bola dalam masa terdekat. Insha Allah,” katanya dalam video tersebut.
#StandWithFaisalHalim #FH7 pic.twitter.com/wQYp8ar7RG
— Altimet.eth (@altimet) May 7, 2024
Seorang lagi selebriti terkenal, Bront Palarae turut memuat naik satu hantaran bagi menunjukkan sokongan kepada pemain kebangsaan tersebut.
#StandWithFaisalHalim #StopTheViolence pic.twitter.com/ilTsz3s4nG
— Bront Palarae (@Bront_Palarae) May 7, 2024
Selain itu, ada juga peminat bertindak menggantung kain rentang dengan tulisan “Doakan Untuk Faisal Halim” di sebuah jejantas sebagai dukungan kepada pemain kesayangan ramai itu.
@al_iwanmeru Solidariti untuk Faisal Halim…. Kami terus berdoa…Orang baik ramai sayang… #faisalhalim #standwithfaisalhalim #fh7 #doauntukfaisalhalim
@bolayaauww mari ramaikan sokongan kita dan hentikan keganasan dalam bola sepak #standwithfaisalhalim #stoptheviolence
Apa pun, kami di Siakap Keli turut mendoakan agar Faisal segera diberi kesembuhan dan dapat kembali berjuang di atas padang mewakili kelab dan negaranya selepas ini. Aminn.
BACA: Kalau Mesin Basuh 10Kg, Berat Termasuk Air Dengan Pakaian Sekali Ke? Ini Jawapannya
Sumber: Stadium Astro