Siakap Keli
selangor perlawanan piala sumbangsih
Kredit: Bernama

Selangor FC Umum Tidak Hadir Ke Perlawanan Piala Sumbangsih

Selangor FC Umum Tidak Hadir Ke Perlawanan Piala Sumbangsih

Selangor FC mengumumkan bahawa mereka tidak hadir ke perlawanan Piala Sumbangsih 2024 yang dijadual akan berlangsung pada 10 Mei ini.

Menerusi satu kenyataan, kelab bola sepak itu berkata keputusan itu dibuat setelah penelitian dijalankan dan perbincangan terperinci dengan pelbagai pihak berikutan rentetan dari insiden jenayah serta ancaman yang baru berlaku melibatkan beberapa pemain dan pegawai pasukan dalam tempoh hanya 72 jam.

“Pihak kelab terpaksa mengambil keputusan yang amat sukar untuk tidak hadir ke perlawanan Piala Sumbangsih 2024 yang telah lama kelab ini nantikan,” kata kelab itu dalam satu kenyataan.

BACA: Perlawanan Sumbangsih Dijalankan Mengikut Jadual- MFL 

Jelas Selangor FC lagi, keselamatan pasukan kini menjadi keutamaan mereka.

“Berdasarkan keadaan semasa yang tidak menentu, kami di Selangor FC menegaskan keselamatan pasukan adalah perkara paling utama dan kami memandang serius akan segala bentuk keganasan dan ancaman serta tidak akan berkompromi dengan sebarang isu berkaitan keselamatan pasukan. Segala kesulitan amat dikesali,” katanya.

Terdahulu, Malaysian Football League (MFL) memaklumkan Perlawanan Piala Sumbangsih tetap diteruskan selepas mendapat jaminan keselamatan daripada polis.

Dalam satu kenyataan, MFL memaklumkan pihaknya telah mengadakan mesyuarat bersama semua ketua pegawai keselamatan kelab Liga Malaysia hari ini bagi memastikan koordinasi keselamatan bagi setiap perlawanan Liga Malaysia musim ini dipertingkatkan.

Sumber: Selangor FC

Sofea

There's always another side to every story