Siakap Keli
bayern tanpa piala Harry Kane kempunan

Bayern Munich Tamatkan Musim Ini Tanpa Piala, Harry Kane Terus Kempunan

Bayern Munich Tamatkan Musim Ini Tanpa Piala, Harry Kane Terus Kempunan

Tersingkirnya Bayern Munich dalam saingan UEFA Champions League (UCL) awal pagi tadi, maka Bayern Munich sah menamatkan musim ini tanpa sebarang trofi.

Kali terakhir Bayern Munich gagal memenangi sebarang trofi di peringkat domestik mahupun Eropah adalah pada musim 2011/12.

Musim ini Bayern Munich terlepas DFL Super Cup yang juga perlawanan Piala Sumbangsih Bundesliga apabila tewas ditangan RB Leipzig 3-0. Malang Bayern Munich berterusan apabila tersingkir pula dari saingan DFB Cup ditangan SC Saarbrücken di pusingan kedua.

Dalam saingan Bundesliga pula, Bayern Munich terpaksa akur dengan kehebatan Bayer Leverkusen  yang diterajui oleh Xabi Alonso apabila mereka sehingga kini masih lagi belum kalah dalam 48 perlawanan berturut-turut sehingga diangkat sebagai juara Bundesliga musim ini.

Hanya UCL sahaja yang menjadi harapan Bayern Munich untuk setidak-tidaknya mereka ada ‘benda’ nak dibualkan penghujung musin ini. Namun, derita anak-anak buah Thomas Tuchel berterusan apabila tewas di minit akhir di tangan Real Madrid dengan aggregat 4-3.

Bukan sahaja Bayern Munich, Harry Kane juga terpaksa berputih mata kerana sekali lagi mengharungi musim tanpa piala dalam karier beliau. Beliau yang berpindah ke Bayern Muncih dengan harapan dapat menamatkan badi piala dari Tottenham Hotspurs masih lagi tertangguh apabila musim ini Bayern menghadapi musim yang agak suram.

Sepanjang karier Kane sebagai pemain profesional, beliau belum pernah menjulang apa-apa trofi utama dalam mana-mana liga di Eropah. Kemarau piala itu berterusan lagi musim ini yang pada awalnya disangka pasukan Bayern Munich ‘wajib’ menang satu piala setiap musim.

BACA: Solidariti Untuk Faisal Halim

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)