Siakap Keli
Sumber : AirAsia

AirAsia Sokong inisiatif FLYsiswa, Tawar Tambang Penerbangan Berpatutan Kepada Pelajar

AirAsia Sokong inisiatif FLYsiswa, Tawar Tambang Penerbangan Berpatutan Kepada Pelajar

SEPANG, 10 Mei 2024 – AirAsia menyambut baik inisiatif FLYsiswa yang menawarkan subsidi tiket penerbangan domestik kepada pelajar universiti awam.

 

Ini selari dengan inisiatif Kementerian Pengangkutan Malaysia sebelum ini. Laluan AirAsia yang membangun pesat pada tahun ini, termasuk laluan antara Pulau Pinang dan Kuching serta Pulau Pinang dan Kota Kinabalu pada bulan Mac, para pelajar kini mempunyai akses sebanyak 47 laluan di seluruh rangkaian domestik syarikat penerbangan ini. Ini dapat menghubungkan Semenanjung Malaysia dengan Sabah, Sarawak, dan juga intra Sabah, Sarawak, dan Labuan.

 

Proses permohonan e-baucar AirAsia boleh dibuat dengan beberapa langkah mudah dengan menekan butang ‘Tebus Sekarang’ di airasia.com/aa/flysiswa. Untuk proses penebusan, hanya masukkan nombor baucar pada halaman pembayaran untuk tempahan penerbangan.

flysiswa

Ketua Pegawai Komersial Kumpulan AirAsia, Paul Caroll berkata: “Kami berbesar hati untuk terus menyokong inisiatif FLYsiswa oleh kerajaan pada tahun ini. Pada tahun 2023, kami telah menerbangkan lebih 90 peratus daripada 24,730 pelajar ke kampung halaman mereka.

 

Sejajar dengan slogan “Kini Sesiapapun Boleh Terbang” kami memahami kepentingan sambungan rangkaian dengan tambang berpatutan terutamanya bagi para pelajar dan berbesar hati kerana dapat memainkan peranan dalam memudahkan perjalanan mereka.”

 

Inisiatif ini hanya ditawarkan kepada pelajar di universiti awam, politeknik, dan kolej komuniti di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), serta kolej matrikulasi dan Institut Pendidikan Guru Malaysia di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

 

 

Pelajar disarankan memeriksa kelayakan mereka berdasarkan kriteria yang ditetapkan oleh Kementerian Pengangkutan Malaysia. Pelajar yang layak akan menerima baucar bernilai RM300, manakala yang tidak memenuhi kriteria boleh membuat rayuan kepada KPT atau KPM melalui institusi masing-masing. Baucar RM300 berfungsi sebagai kredit yang boleh digunakan untuk penebusan sehingga nilai subsidi tersebut habis digunakan sepenuhnya.

Inisiatif FLYsiswa kini dibuka untuk permohonan sehingga 30 November 2024. Para pelajar boleh menggunakan baucar mereka serta-merta selepas penebusan berjaya sehingga 31 Disember 2024 dengan tempoh perjalanan sehingga 31 Disember 2025.

 

 

*Jika tiket penerbangan dibeli dengan tambang yang lebih rendah daripada RM300, baki baucar tersebut akan disimpan sebagai kredit untuk pembelian masa hadapan.

 

Nurul Naqiyah