Bumi ‘Dibadai’ Ribut Solar, Fenomena Aurora Muncul Di Banyak Tempat
Pentadbiran Lautan dan Atmosfera Kebangsaan (NOAA) sebelum ini melaporkan ribut solar ekstrem telah melanda Bumi pada Jumaat.
Ribu solar yang berlaku itu turut akan mendatangkan beberapa impak antaranya mencetuskan fenomena aurora yang boleh dilihat di banyak kawasan, dari Tasmania sehinggalah ke Britain.
Di media sosial, orang ramai yang menyaksikan aurora tidak melepaskan peluang untuk merakam kejadian tersebut dan kemudian berkongsi di media sosial.
Antara perkongsian yang menjadi tular adalah rakaman-rakaman yang diambil di kawasan Tasmania dan kawasan Utara Eropah.
Ribut solar cetuskan fenomena aurora di banyak tempat
Aurora visible in Switzerland tonight
The strongest in 20 years pic.twitter.com/6rVxcVHWTo
— Latest in space (@latestinspace) May 11, 2024
Selain itu, fenomena yang sama juga dapat disaksikan oleh penduduk-penduduk di Alabama dan Northen California.
Menerusi gambar-gambar berkenaan, dapat dilihat aurora muncul dalam pelbagai warna antaranya berwarna merah jambu dan juga hijau.
Keadaan itu lebih memukau apabila mengambil kira latar langit yang masih gelap ketika rakaman tersebut diambil.
Dalam pada itu, orang ramai digalakkan merakam fenomena aurora menggunakan telefon bimbit yang lebih canggih dan hasilnya akan lebih memukau.
Selain kemunculan aurora, ribut solar turut mempunyai dampak yang lain
Menurut AFP, pihak berkuasa turut mengeluarkan notifikasi kepada pengendali-pengendali infrastruktur kritikal yang berpotensi terjejas dengan kejadian ribut solar.
Notifikasi yang dikeluarkan itu antara lain meminta pengendali satelit, syarikat penerbangan dan grid kuasa untuk mengambil langkah berjaga-jaga dengan potensi gangguan yang berpunca daripada perubahan medan magnet Bumi.
Northern lights glow in the sky as huge solar storm hits Earth
Auroras illuminate the night sky around the world#solarstorm #aurora #NorthernLights pic.twitter.com/xbKr1vmQWc
— Sumit (@SumitHansd) May 11, 2024
Kapal-kapal angkasa juga berpotensi terdedah dengan radiasi biarpun sebahagian besarnya sudah pun ditapis oleh atmosfera Bumi.
Kali terakhir ribut solar tahap ekstrem berlaku adalah pada Oktober 2003 yang digelar sebagai Halloween Storm. Kejadian ribut solar yang berlaku ketika itu menyebabkan bekalan kuasa terputus di Sweden dan merosakkan infrastruktur di Afrika Selatan.
Time-lapse of tonight‘s Aurora from Nashville 🤩🤩🤩#Auroraborealis #aurora #Nashville #TN@SonyElectronics #Nightsky pic.twitter.com/nznmtgcntP
— Matt Tyska (@TyskaLabActual) May 11, 2024
Manakala kejadian ribut solar paling kuat pernah direkodkan berlaku pada tahun September 1859. Ribut solar berkenaan dikenali sebagai Peristiwa Carrington bersempena nama angkasawan British, Richard Carrington.
JUST IN – Aurora spotted over Russia, Ukraine, Germany, Slovenia, Australia and New Zealand etc due to intense solar storm pic.twitter.com/OSZyLtO7Q5
— Insider Paper (@TheInsiderPaper) May 10, 2024
And over Switzerland also at the Matterhorn 🇨🇭 pic.twitter.com/MJrZRE6hkr
— storymakers (@mz_storymakers) May 10, 2024
Co Down Ireland 🇮🇪 pic.twitter.com/3DTGg4Hkd3
— Niall O’Hara 🇮🇪 (@ThoughtsToby) May 10, 2024
BACA: Bumi Dilanda Ribut Solar Terkuat Sejak 2003 – NOAA
Sumber: Royal Museums Greenwich, NOAA, TheInsiderPaper via X