Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
had pengeluaran akaun fleksibel KWSP
Gambar: BERNAMA

Akaun Fleksibel KWSP: Had maksimum pengeluaran RM250 sehari, lebih RM250 perlu proses e-KYC

Hannah

Akaun Fleksibel KWSP: Had maksimum pengeluaran RM250 sehari, lebih RM250 perlu proses e-KYC

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah menetapkan had maksimum pengeluaran wang dari Akaun Fleksibel (Akaun 3) secara terus adalah RM250 sahaja sehari.

Bagaimanapun, pencarum yang ingin mengeluarkan wang melebihi RM250 perlu melalui proses electronic Know-Your-Customer (e-KYC) secara dalam talian atau menggunakan alternatif lain seperti mengunjungi pejabat KWSP terdekat bagi pengesahan cap jari.

Menurut Sinar Harian, proses e-KYC merupakan satu proses pengesahan identiti yang dijalankan secara elektronik menggunakan teknologi pengecaman wajah di aplikasi KWSP i-Akaun.

Sementara itu, pencarum juga diberikan kemudahan untuk melakukan pindaan wang ke akaun bank sekali sehari dengan kadar minimum RM50.

Terdahulu, KSWP mengumumkan penstrukturan semula akaun ahli untuk meningkatkan keselamatan pendapatan selepas persaraan di samping untuk menangani keperluan jangka pendek ahli.

KWSP telah menamakan semula dua akaunnya, Akaun 1 kepada Akaun Persaraan, Akaun 2 kepada Akaun Sejahtera selain memperkenalkan satu lagi akaun baharu iaitu Akaun Fleksibel yang dikenali sebagai Akaun 3.

BACA: Kena Buat Pindahan Dari Akaun 2 Dahulu, Ini Cara Buat Pengeluaran Akaun 3

Akaun Fleksibel diperkenalkan bertujuan untuk memberikan ahli fleksibiliti untuk membuat pengeluaran pada bila-bila masa untuk keperluan kewangan jangka pendek.

Dalam pada itu, KWSP mengumumkan bahawa permohonan bagi pengeluaran daripada Akaun Fleksibel boleh dilakukan melalui KWSP i-Akaun atau di mana-mana cawangan KWSP di seluruh negara.

Pencarum boleh memohon pengeluaran Akaun Fleksibel sebaik sahaja Akaun Fleksibel mempunyai baki minimum RM50 sama ada selepas pemindahan jumlah permulaan daripada Akaun Sejahtera dibuat atau selepas pengkreditan caruman baharu.

Menurut kenyataan KWSP sebelumnya, baki dalam Akaun 1 dan Akaun 2 akan dipindahkan masing-masing ke Akaun Persaraan dan Akaun Sejahtera, sementara Akaun Fleksibel akan bermula dengan baki sifar.

Memandangkan Akaun Fleksibel bermula dengan baki sifar, pencarum perlu membuat pemindahan terlebih dari Akaun Sejahtera (Akaun 2) ke Akaun Fleksibel (Akaun 3) sebagai amaun permulaan.

Tempoh bagi ahli KWSP yang ingin membuat pindahan tersebut akan bermula pada 12 Mei 2024 sehingga 31 Ogos 2024.

Akan tetapi, perlu diingat bahawa permohonan pilihan amaun permulaan hanya boleh dibuat sekali sahaja dan ia tidak boleh dibatalkan.

BACA JUGA: Boleh Ke Ahli Pilih Tak Buat Pindahan Amaun Permulaan? Ini Jawapannya

Sumber: Sinar Harian, KWSP Malaysia