Siakap Keli
bas persiaran terbalik
Gambar: JBPM via Astro Awani

Bas Persiaran Terbalik, 41 Penumpang Terselamat 

Bas Persiaran Terbalik, 41 Penumpang Terselamat 

IPOH — Seramai 41 orang penumpang termasuk pemandu terselamat selepas bas persiaran yang dinaiki terbabas dan kemudian terbalik pada Ahad, lapor Astro Awani.

Menurut Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad, kemalangan melibatkan bas dengan sebuah kereta itu berlaku di kilometer (km) 264.5 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS), arah selatan.

Kesemua mangsa yang terlibat dalam nahas dilaporkan selamat dalam perjalanan dari Kupang, Kedah ke Ipoh untuk menghadiri majlis keagamaan.

BACA: Paksa Kahwin, Nenek Maut Dibunuh Kekasih Beza Usia 33 Tahun

“Pihak bomba menerima panggilan pada jam 7.28 pagi tadi dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Meru Raya dan Kuala Kangsar dikejarkan ke lokasi.

“Setibanya di lokasi mendapati kemalangan melibatkan sebuah bas persiaran dan sebuah kereta sedan.

“Terdapat 42 orang mangsa kesemuanya, 41 dari bas dan seorang dari kereta, semuanya telah keluar dengan selamat,” jelasnya dalam satu kenyataan media hari ini.

Dua unit EMRS dan bantuan ambulans pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah dikejarkan ke lokasi kejadian sebelum kesemua mereka dihantar hospital di Ipoh.

Difahamkan juga, seramai tujuh anggota terlibat dalam operasi tersebut, diketuai PBK II Muhamad Kharul Anuar Abd Wahid.

Sumber: Astro Awani

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.