Siakap Keli
Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi 2.0
Sumber: Sinar Harian

Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi 2.0 Diperluas Kepada 14 Jenis Kenderaan Barangan

Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi 2.0 Diperluas Kepada 14 Jenis Kenderaan Barangan

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan memperluaskan pelaksanaan 2.0 Fasa II Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) dengan melibatkan 14 jenis kenderaan barangan.

Menteri KPDN, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, kenderaan barangan yang termasuk dalam senarai adalah lori rigid-curtainsider, lori rigid-hasil pertanian, lori rigid-kandang haiwan, lori rigid-kombinasi, lori rigid-open platform, bas katering makanan dan van katering makanan.

Katanya, selain itu turut tersenarai termasuklah lori katering makanan, lori tangki rigid-minuman, semi-panel van, bas perkhidmatan bergerak, van perkhidmatan bergerak, lori rigid-perkhidmatan bergerak dan lori rigid-sampah.

“Syarikat pengangkutan yang terlibat boleh membuat permohonan melalui Sistem MySubsidi Diesel bermula pada 13 Mei (Isnin) jam 10 pagi,” katanya ketika ditemui pada Perhimpunan Bulanan KPDN Zon Utara di Anak Bukit di sini pada Ahad, lapor Sinar Harian.

Menurut Armizan, pendaftaran bagi 14 jenis kenderaan terbabit boleh dilakukan melalui pautan https://mysubsidi.kpdn.gov.my/.

“Antara kriteria-kriteria permohonan yang perlu dipenuhi oleh syarikat adalah syarikat hendaklah berdaftar perniagaan di Malaysia; kenderaan mempunyai cukai jalan yang sah dan berkuat kuasa serta kenderaan terbabit layak di bawah SKDS 2.0,” katanya.

BACA: Ini Syarat-syarat Pensijilan Halal Malaysia, No.7 Selalu Terlepas Pandang

Jelasnya, pertambahan dalam fasa II ini menjadikan jumlah keseluruhan kenderaan yang layak untuk mendapatkan diesel bersubsidi di bawah SKDS 2.0 adalah sebanyak 23 jenis kenderaan barangan.

“Pada masa yang sama, KPDN masih terus membuka permohonan kepada kesemua jenis pengangkutan yang tersenarai dalam pelaksanaan SKDS 1.0 dan kedua-dua fasa dalam SKDS 2.0,” katanya.

Tambah beliau, syarikat-syarikat yang telah mendapat kelulusan di bawah SKDS dinasihatkan untuk memohon kad fleet melalui syarikat minyak yang ditetapkan iaitu Petronas, Shell, Petron, Caltex dan BHP.

Walau bagaimanapun, mereka hanya dibenarkan memilih tiga daripada lima syarikat minyak yang disenaraikan untuk mendapatkan kad fleet.

Jelasnya lagi, sebelum ini dalam pelaksanaan SKDS 2.0 fasa I, sembilan jenis kenderaan terlibat iaitu lori rigid-kargo am, penggerak utama, lori rigid-luton/kotak, lori rigid-tangki air, lori rigid-refrigerated, lori rigid-tangki tepung, window van, panel van dan lori rigid-minuman botol.

Dalam pada itu, untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, pihak berkenaan boleh menghubungi Pusat Panggilan Sistem MySubsidi Diesel di talian 03-8882 6769 pada waktu pejabat.

BACA JUGA: Akaun Fleksibel KWSP: Had maksimum pengeluaran RM250 sehari, lebih RM250 perlu proses e-KYC

Sumber: Sinar Harian

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.