“Air Terjun” Old Trafford Iringi Kekalahan United
Kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) Manchester United terus menjadi bahan jenaka dunia bola sepak dunia selepas bumbung stadium rasmi Old Trafford mengalami bocor berikutan hujan lebat.
Rakaman kebocoran bumbung gelanggang ikonik itu mendapat perhatian ramai selepas The Red Devils tewas 0-1 di tangan The Gunners dalam perlawanan liga semalam.
Pelbagai video mengenai keadaan stadium itu di muat naik di platform media sosial X yang dahulunya dipanggil Twitter hingga ia menjadi tular.
Difahamkan, limpahan air hujan turun dari bumbung itu dilihat mengenai kerusi-kerusi dan kawasan sekitar stadium itu yang tidak ubah seperti air terjun.
Air hujan dilihat mengalir turun tanpa henti melalui celahan kerusi dan tangga termasuk di tepi padang.
The Old Trafford waterfall 😳 pic.twitter.com/2Xibzh200l
— Sky Sports Premier League (@SkySportsPL) May 12, 2024
This view too pic.twitter.com/OuPkGdgLhl
— Oʟúաaքẹ̀ʟúʍɨ (@opreciouse) May 12, 2024
Tambahan lagi, tular klip yang memaparkan syiling bilik persalinan pelawat di stadium itu turut mengalami bocor.
Perkara ini mencetuskan tanda tanya dan kebimbangan peminat mengenai status penyelenggaraan di Old Trafford.
BACA: Gagal Layak Ke Olimpik 2024, Shin Tae-yong Azam Bawa Indonesia Ke Piala Dunia 2026
The away dressing room at Old Trafford.
It's becoming an embarrassment now. pic.twitter.com/VYrtnh2Hc6
— UtdXclusive (@UtdXclusive) May 12, 2024
Dimalukan di Old Trafford
Semalam, anak-anak buah Erik Ten Hag dimalukan oleh Arsenal selepas tewas 0-1 di laman sendiri, lapor SkySports.
Gol tunggal pelawat hadir menerusi sentuhan mudah Leandro Trossard selepas menerima hantaran silang daripada Kai Havertz pada minit ke-20.
Gol tunggal itu sudah cukup untuk mengesahkan kemenangan anak-anak buah Mikel Arteta sekaligus terus memberikan cabaran terhadap Manchester City dalam pengejaran trofi liga.
Arsenal kini berada di puncak liga dengan mengumpul 86 mata selepas 37 perlawanan. Manakala pencabarnya Manchester City di tangga kedua dengan mengumpul 85 mata kurang satu perlawanan.
Kekalahan The Red Devil semakin menyukarkan lagi perebutan tempat untuk bertanding di Eropah pada musim depan apabila berada di kedudukan kelapan, dengan 54 mata terkumpul daripada 36 perlawanan.
Pada musim lalu, United menduduki tangga ketiga liga dengan mengumpul 75 mata dalam kesemua perlawanan sekaligus layak untuk bertanding dalam Liga Juara-Juara (UCL).
Sumber: X, SkySports