Siakap Keli
guru elaun pedalaman
Gambar: Cikgu Al Tirmizi

“The Cafe Class”, Guru Guna Elaun Pedalaman Hias Kelas Ala-Ala Kafe

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

“The Cafe Class”, Guru Guna Elaun Pedalaman Hias Kelas Ala-Ala Kafe

Demi keselesaan anak-anak muridnya, seorang guru sanggup berhabis duit dan berhempas-pulas menghias kelas dengan menukarnya menjadi ala-ala sebuah kedai kafe.

Cikgu Al Tirmizi dalam satu hantaran di Facebook berkongsi perubahan suasana dan wajah baharu kelas di sekolah berkenaan dari kelas biasa menjadi satu tempat yang lebih selesa untuk anak-anak muridnya menimba ilmu.

“Bersempena dengan Hari Guru yang bakal tiba, saya kongsikan sedikit dekorasi guru pedalaman buat rakyat Malaysia semua,” tulis guru di Sekolah Kebangsaan Kampung Kut, Daro, Sarawak itu dalam hantaran pada Ahad.

Meskipun pelbagai soalan dilontarkan mengenai adakah perbelanjaan ini bersumberkan gajinya, Al Tarmizi menjelaskan dia hanya menggunakan sedikit elaun pedalaman untuk mencantikkan bilik darjah itu.

The Cafe Class

guru deko kelas cafe
Gambar: Cikgu Al Tirmizi

“Ada rezeki lebih kita buat lebih. Walaupun di sekolah pedalaman, saya jadikan suasana yang kondusif agar murid-murid saya seronok belajar.

“Saya yakin dan percaya ramai rakan-rakan guru di luar sana buat sehabis baik untuk anak didik mereka. Ramai di antara guru sanggup berhabis wang ringgit untuk kemenjadian anak didiknya,” katanya.

Gambar: Cikgu Al Tirmizi

BACA: Gagal Layak Ke Olimpik 2024, Shin Tae-yong Dedah Sasaran Baharu Skuad Indonesia

Kongsinya lagi, sekolah berkenaan merupakan sekolah pertamanya sejak mula bergelar seorang pendidik.

Meskipun ditempatkan di kawasan pedalaman, Al Tarmizi berkata ia bukanlah penghalang untuknya terus menjadi tenaga pengajar.

guru deko kelas cafe
Gambar: Cikgu Al Tirmizi
Gambar: Cikgu Al Tirmizi

“Saya mengajar di sekolah pedalaman Sarawak dan masih menikmati pengalaman hebat ini,” katanya lagi.

Dalam pada itu, anak ke-8 dari 11 adik beradik itu memberitahu minatnya untuk menjadi lilin yang menerangi ruang bermula sejak ayahnya sering bercerita mengenai impiannya untuk bergelar seorang guru tetapi tidak kesampaian.

“Ayah selalu berkongsi cerita semasa kecil, dia sangat berminat untuk menjadi guru, tapi apakan daya hanya mampu bersekolah sampai darjah 4 sahaja.

“Timbul la minat saya untuk menjadi guru bagi merealisasikan impian ayah dulu.

“Saya mempunyai 11 orang adik-beradik dan saya anak yang ke-8. Alhamdulillah 8 orang adik-beradik saya menjadikan guru sebagai kerjaya, selebihnya kerjaya masing-masing,” katanya.

guru deko kelas cafe
Gambar: Cikgu Al Tirmizi

Ujarnya Al Tarmizi lagi, laluannya untuk bergelar seorang guru tidak mudah dan penuh dengan liku, memandangkan keputusan peperiksaan yang tidak beberapa baik.

Tetapi berkat doa dan usaha, dia berjaya menjadi seorang tenaga pengajar.

“Terima kasih kasih ibu dan ayah kerana menjadi guru pertama saya. Terima kasih Guru Besar yang memberi sepenuh sokongan,” tulisnya.

Gambar: Cikgu Al Tirmizi
Gambar: Cikgu Al Tirmizi

Sumber: Facebook Cikgu Al Tarmizi

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.