HP Lancar Portfolio PC AI Menyeluruh di Malaysia
KUALA LUMPUR, 7 Mei 2024 — HP Inc. melancarkan portfolio PC AI komersial dan pengguna yang paling menyeluruh, yang memanfaatkan kuasa AI untuk meningkatkan produktiviti, kreativiti, dan pengalaman pengguna dalam persekitaran kerja hibrid.
Satu kaji selidik kerja terbaru dalam kalangan rakyat Malaysia menunjukkan 63% pekerja menjangkakan kecerdasan buatan generatif (GenAI) akan mengubah cara kerja mereka, dengan 70% pada masa ini sama ada menggunakan atau merancang untuk menerapkan GenAI pada tahun hadapan. Sentimen ini juga dirasakan oleh majikan, dengan 84% daripada mereka berharap GenAI akan meningkatkan penyelarasan kerja yang fleksibel.
“AI mewujudkan persaingan yang setara yang menjadikan kita semua sebagai pencipta, inovator, dan usahawan. Pelbagai aplikasi dan perkhidmatan yang tersedia di rantau ini adalah bukti perlunya penyelesaian tempatan yang memenuhi keperluan tempatan. AI memastikan idea itu boleh dilaksanakan,” kata Alex Tan, Pengarah Urusan HP Malaysia.

“Selain itu, AI meningkatkan produktiviti dengan ketara dengan mengautomasikan kerja-kerja yang memakan masa, membolehkan bakat di seluruh negara menumpukan perhatian kepada kreativiti dan inovasi peringkat yang lebih tinggi. Rangkaian PC AI terbaru dari HP direka untuk menyerlahkan potensi masa depan Malaysia”.


Penyelesaian terkini HP Elite dan Pro PC dilengkapi kemampuan AI yang dikuasakan oleh pemproses Intel® Core™ Ultra 5 dan 7 dengan NPU khusus untuk mengendalikan tugas AI dengan prestasi lebih personal. HP Smart Sense direka untuk menduga corak penggunaan PC dan menyesuaikannya secara automatik, sekali gus memastikan keseimbangan terbaik antara prestasi dan kuasa.
HP menawarkan portfolio pemproses Intel® yang lengkap, yang mencerminkan komitmen terhadap inovasi dan prestasi. Senarai produk yang dilancarkan hari ini termasuk:
- HP Elite 1000 Series G11 Notebook PCs: Sebagai PC perniagaan AI yang paling kuat, siri ini direka untuk memberikan gabungan yang lancar antara mudah alih, prestasi, dan hayat bateri sehingga 21 jam untuk pemimpin dan pekerja yang ke sana ke mari. Dengan kuasa AI, pengguna boleh merasakan prestasi grafik sehingga 80% lebih kemas, yang disempurnakan oleh AI dengan penggunaan kuasa yang kurang sehingga 38%, dan penyuntingan video AI sehingga 132% lebih pantas berbanding generasi sebelumnya. Dengan HP Smart Sense, AI mengubah kuasa PC anda, menjadikan operasinya 40% lebih senyap. Lebih 70% komponen utamanya mengandungi bahan kitar semula, termasuk jaring ikan kitar semula pada papan kekuncinya. Selain itu, penjejakan data dan cadangan tenaga membantu mengurangkan penggunaan tenaga.
- HP EliteBook 800 and 805 Series G11 Notebook PCs: Dicipta untuk memenuhi keperluan pekerja berpengetahuan keusahawanan yang mengendalikan beban kerja sehari-hari yang menuntut ciri prestasi dan kolaborasi yang hebat. Siri baharu ini dilengkapi dengan pemproses Intel® Core™ Ultra 5 dan 7 untuk produktiviti yang dipacu oleh AI. PC ini mengandungi sekurang-kurangnya 75% plastik PCR dalam bezel.
- HP EliteBook 600 and 605 Series G11 Notebook PCs: Dibangunkan untuk organisasi sektor korporat dan awam yang perlu memaksimumkan nilai dan fleksibiliti untuk melengkapkan pelbagai pengguna dalam persekitaran hibrid. PC ini mengendalikan aplikasi perniagaan yang mencabar sehingga kerja dapat disempurnakan dengan cekap dan tepat. Peranti ini mengandungi sekurang-kurangnya 30% plastik PCR dalam bezel dan sekurang-kurangnya 50% plastik pada penutup kekunci.
- HP ProBook 400 and 405 Series G11 Notebook PCs: Peranti ini, yang dibuat khas untuk pekerja hibrid yang membahagikan waktu antara pejabat dan rumah, menyerlahkan alir kerja serta prestasi utama yang dipacu oleh AI, dengan storan dan memori yang boleh ditingkatkan. Siri ini mengandungi 50% aluminium pasca industri yang dikitar semula dan ditempa pada casis.
- HP Pavilion Plus PCs: Komputer riba ini direka sebagai pendamping ideal Gen Z, yang memberikan pengalaman unggul yang disesuaikan dengan gaya hidup mereka yang dinamik pada nilai yang terbaik. Dilengkapi dengan enjin AI terbina, ia menawarkan keseimbangan yang sempurna antara prestasi, mudah alih, dan kualiti, selain memastikan pengalaman perkomputeran terbaik bagi pelanggan Gen Z.
- HP Envy x360 Series: Komputer riba ini menampilkan reka bentuk fleksibel yang memudahkan penggunanya beralih daripada bekerja kepada bermain, menjadikannya sentiasa bersiap sedia untuk meningkatkan produktiviti di mana sahaja anda menggunakannya. Dengan enjin AI terbina, peranti ini memberikan prestasi dan mobiliti yang tiada tolok banding, yang menjamin pengalaman perkomputeran luar biasa bagi pengguna dari semua lapisan masyarakat.
- HP Spectre x360 Series: Direka untuk meningkatkan potensi penuh AI, dengan prestasi serba pantas dan pengendalian pelbagai tugas yang lebih laju untuk melonjakkan produktiviti dan menampilkan diri anda yang terbaik.
Z by HP memberikan penyelesaian komputer berprestasi tinggi yang direka untuk menggerakkan alir kerja yang paling mencabar. Stesen kerja mudah alih AI HP ZBook generasi terbaru mengatasi cabaran kerja bergerak namun mengekalkan perkakas kolaborasi yang diperlukan untuk melaksanakan projek yang besar dan kompleks dari mana sekali pun.
ZBook, yang menawarkan aneka ragam CPU termasuk pemproses Intel® Core™ Ultra 5, 7 dan 9 dengan NPU khusus, membantu menyingkap tahap baharu produktiviti dan kreativiti melalui AI. Penyelesaian perkakasan dan perisian komprehensif Z by HP memastikan keandalan, keselamatan, dan mobiliti untuk para profesional kreatif.
- HP ZBook Power G11:Penyelesaian perkomputeran berprestasi tinggi dengan kemampuan untuk mendukung alir kerja yang paling mencabar, meningkatkan produktiviti dalam reka bentuk premium baharu 16” dengan komponen gred profesional untuk memacu pembangunan AI dan aplikasi reka bentuk konsepsual. HP ZBook Power G11, yang dilengkapi NVIDIA® RTX™ 3000 Ada Laptop GPU, direka untuk mengendalikan pemodelan 3D, penciptaan kandungan yang dijana oleh AI, dan melaksanakan berbilang tugas berat dengan mudah. Ia juga boleh dikonfigurasikan dengan NVIDIA RTX 500 Ada dan GPU komputer riba 1000 Ada Generation baharu yang menawarkan manfaat seni bina GPU terkini NVIDIA.
- HP ZBook Fury G11: Direka untuk memberikan kekuatan prestasi komputer meja dari mana sahaja, ZBook Fury memungkinkan kuasa pecutan AI untuk menyunting video 8K, pemaparan 3D lanjutan, VFX, atau menala dan menjalankan model AI tempatan. Teknologi terma lanjutan memastikan kecekapan optimum semasa tugas yang mencabar yang menawarkan sehingga pemproses kelas desktop Intel® Core™ HX untuk prestasi pro27dan GPU komputer riba sehingga NVIDIA® RTX™ 5000 Ada.
- HP ZBook Studio G11: Meningkatkan fokus dan produktiviti dalam kemasan mudah alih yang anggun; ZBook Studio membolehkan penggunanya membina pemasangan yang kompleks, menghadirkan kemampuan AI dalam perkakas penciptaan kandungan, merender dalam masa nyata, dan menggambar data di mana sahaja.
- HP ZBook Firefly G11:Gabungan sempurna yang memadukan prestasi tahap profesional dan mobiliti sebenar. ZBook Firefly memungkinkan pengurusan projek tanpa batas dari mana sahaja. Ia dilengkapi dengan prestasi dipacu oleh AI dengan GPU komputer riba NVIDIA RTX A500 serta menawarkan kecekapan kuasa yang dinamik dan hayat bateri yang luar biasa.
Fokus pada kerja yang mustahak dengan PC AI
PC pada hari ini bukan lagi komputer peribadi tetapi teman peribadi yang menduga keperluan anda untuk pengalaman yang lebih responsif dan optimum. Sebagai contoh, PC komputer riba HP Spectre x360 14 inci 2-dalam-1 melakukan hal ini dengan:
- PC yang Menyesuaikan Diri dengan Anda: Sebuah kamera 9 MP dengan perkakasan yang boleh menyelaraskan sendiri cahaya malap sehingga jelas siang atau malam; cip khusus AI yang memberikan ciri keselamatan tersedia termasuk tutup sendiri apabila pengguna meninggalkannya, terpasang apabila didekati, serta amaran privasi apabila diintai; pelarasan skrin boleh suai seperti pemalap skrin untuk menjimatkan tenaga apabila anda mengalihkan pandangan serta kadar segar semula yang pelbagai untuk prestasi tanpa batas dan kecekapan kuasa; dan, pengoptimuman prestasi automatik yang menyesuaikan bunyi dan suhu kipas berdasarkan aplikasi yang sedang dipakai, penempatan komputer riba dan status bateri.
- Teknologi AI yang Perkasa:Tiga enjin (CPU, GPU, dan NPU) pada pemproses Intel® Core™ Ultra menawarkan antara teknologi paling menarik yang tersedia pada hari ini untuk melaksanakan pelbagai beban kerja AI setempat seperti penyuntingan foto dan video untuk penyediaan dan kerjasama kandungan yang lebih pantas dan cekap.
- Kerjasama Lanjutan:Komputer riba Spectre yang terbaru adalah peranti pengguna pertama yang menampilkan penalaan audio oleh Poly. Poly menerapkan pengalaman menala audio selama berdekad-dekad pada peranti ini, yang memberikan kejelasan suara terbaik dan bunyi yang luar biasa. Ia meningkatkan lagi panggilan dan video dengan kesan Windows Studio, yang memuatkan ciri-ciri AI seperti pembingkaian automatik, latar belakang kabur, keupayaan untuk mengekalkan tentangan mata ke NPU untuk sambungan yang lancar.
- Paparan Gambar Sempurna:Komputer riba Spectre yang terkini menawarkan pengalaman paparan paling mengasyikkan di dunia,7 dengan skrin OLED sehingga 2.8K untuk imej lebih jelas dan warna yang lebih terang, serta Pensijilan IMAX Dipertingkatkan untuk menonton filem. Nisbah bidang 16:10 membolehkan anda menonton lebih banyak kandungan, manakala paparannya boleh diubah suai daripada 48 Hz kepada 120 Hz mengikut jenis kandungan yang anda tonton.
Kerja dilindungi dengan penyelesaian keselamatan HP
Atas reputasi kami sebagai PC paling selamat dan mudah diurus di dunia, HP hari ini memperkenalkan PC perniagaan pertama di dunia yang dilengkapi cip Endpoint Security Controller (ESC) HP yang dipertingkatkan, yang melindungi perisian tegar daripada peretasan komputer kuantum.
Cip ini membantu memastikan pengelolaan dan perlindungan data sensitif. Terasing daripada pemproses dan OS, ESC menyediakan platform perkakasan yang mengurangkan risiko pencerobohan data serta meningkatkan produktiviti dengan menghindari waktu gendala.
Komputer riba HP Elite dan ProBook serta stesen kerja Z by HP dilengkapi dengan HP Wolf Security untuk Perniagaan melindungi pengguna akhir tidak kira di mana dan bagaimana mereka bekerja. HP juga melancarkan HP Cloud Endpoint Manager SaaS32, yang dibuat khas untuk peranti yang sangat penting bagi membantu IT melindungi titik akhir daripada ancaman dengan pemantauan dan pemulihan peranti secara automatik.
Mengubah pengalaman bermain permainan digital
Mereka yang menghargai gaya hidup permainan digital mengangankan mesin serba boleh yang mampu mengendalikan permainan papan atas AAA sambil mengekalkan prestasi untuk menguruskan usaha kreatif yang mencabar dari segi visual daripada mengendalikan pelbagai projek sampailah kepada mengoperasikan platform kreatif yang lasak.
Komputer riba gaming OMEN Transcend 14, direka khusus untuk permainan komputer dan kerja kreatif, termasuk pelajar. Ia mempunyai paparan OLED terkini, badan langsing yang elegan, serta dalaman gred unggul, yang menjadikannya komputer riba permainan digital 14 inci yang terhebat dan paling ringan di dunia.
OMEN Transcend 14 baru menghidupkan gaya hidup hibrid permainan digital dengan:
- Paparan Luar Biasa Jelas: Peranti yang menakjubkan ini mengasyikkan untuk permainan digital dan sempurna untuk penciptaan kandungan. Ia datang dengan paparan IMAX Enhanced Certified 2.8K 120Hz VRR OLED untuk perincian luar biasa dan warna terang yang nyata. Komputer riba permainan digital yang pertama di dunia dengan papan kekunci RGB bermotif langit tanpa kekisi memperluaskan pengalaman warna cerah di luar skrin.
- Reka Bentuk Mewah dan Ringkas: Pemain mahukan sebuah komputer yang berkuasa besar dalam reka bentuk yang mudah dibawa ke sana ke mari. Peranti ini beratnya 1,637 g yang berkelas dunia dengan hayat bateri sehingga 11.5 jam dan dilengkapi penyesuai PD 140W jenis C yang membolehkan pengecasan lebih mudah semasa dalam perjalanan berbanding sebelum ini.
- Kelajuan Epik Melalui AI: Maksimumkan pengalaman anda dengan pemproses Intel® Core™ Ultra 9 sehingga 185H dan GPU komputer riba NVIDIA® GeForce® RTX™ 4070 untuk selesa menikmati permainan terbaru atau mengendalikan tugas intensif komputer. Penstrim dan pemain boleh memanfaatkan NPU dan plugin OpenVINO™ peranti ini untuk studio OBS bagi melancarkan penstriman dan permainan dengan peningkatan Bingkai Per Saat (FPS) sehingga 24.6% lebih baik. Manfaatkan sepenuhnya Kadar Segar Semula Dinamik Automatik (DRR) pada OMEN Gaming Hub untuk pengalaman permainan lebih lancar dengan menukar secara automatik antara kadar segar semula yang berbeza bergantung pada kandungan dan mod kuasa yang boleh meningkatkan hayat bateri sehingga 7%. Hidupkan peranti dengan hayat bateri 20% lebih panjang dalam mod ECO.
- Revolusi Suhu: Tiada siapa mahu tangannya hangat berbahang semasa bermain permainan digital, berkreatif, atau bekerja. Casis yang direka semula menggunakan aliran udara masuk untuk mencipta zon bertekanan menggunakan ruang wap untuk pelepasan haba secara terus langsung melalui lubang belakang.
Inovasi terma ini direka bersama dengan teknologi aliran dwi saluran Intel yang dihasilkan dalam komputer riba permainan 14-inci paling hebat di dunia, yang boleh mencapai tekanan statik 4x lebih tinggi dengan keupayaan terma 80w dalam asas 12 mm.
- Tingkatkan Permainan dan Produktiviti Anda: Sesuai untuk gamer pelajar, OMEN Transcend 14 menawarkan keupayaan AI tempatan melalui pemproses Intel® dan NVIDIA® serta AI terbina dengan Otter.ai bagi ciri-ciri seperti transkrip langsung dan kapsyen masa nyata semasa perbincangan atau kelas, fungsi rakaman untuk menyalin audio, dan nota yang dijana oleh AI.
- Komputer Riba Permainan Pertama di Dunia dengan Audio yang ditala oleh HyperX: Pasukan audio HyperX bekerjasama rapat dengan jurutera OMEN Transcend 14 untuk menyesuaikan prestasi bunyi komputer riba ini, menajamkan kejelasannya dan keseimbangan spektrum untuk meningkatkan keseluruhan pengalaman audio permainan digital, memastikan bunyi yang halus tidak tenggelam dalam bunyi yang lebih kuat.
HP juga mengemas kini Komputer Riba Permainan Digital OMEN 16.1 inci dan PC Komputer Riba Permainan Digital Victus 16.1 inci – semuanya dikemas kini dengan pemproses Intel® Core™ i7 HX.
Harga dan Ketersediaan di Malaysia
- HP Elite 1000 Series G11 Notebook PCs tersedia di com, model bermula dari RM8,499.00
- HP EliteBook 800 and 805 Series G11 Notebook PCs tersedia di com, model bermula dari RM5,999.00
- HP EliteBook 600 and 605 Series G11 Notebook PCs tersedia di com, model bermula dari RM4,699.00
- HP ProBook 400 and 405 Series G11 Notebook PCs tersedia di com, model bermula dari RM 4,399.00
- HP Pavilion Plus PCs tersedia di com, MTL CPU model bermula dari RM4,299.00
- HP Envy x360 PCs tersedia di com, MTL CPU model bermula dari RM4,399.00
- HP Spectre x360 14 inch 2-in-1 Laptop PC tersedia di com, MTL CPU model bermula dari RM7,699.00
- HP ZBook Power G11 dijangka tersedia dalam tempoh setahun di com
- HP ZBook Fury G11 dijangka tersedia dalam tempoh setahun di com
- HP ZBook Studio G11 dijangka tersedia dalam tempoh setahun di com
- HP ZBook Firefly G11 dijangka tersedia dalam tempoh setahun di com
- OMEN Transcend 14-inch Gaming Laptop PC tersedia di com, MTL CPU model bermula dari RM7,999.00
- OMEN 16.1 inch Gaming Laptop PC tersedia di com, generasi ke-4 HX bermula dari RM7,399.00