“Kekal Tabah”, Sonny Bill Williams Titip Kata Semangat Buat Faisal Halim
Berita tentang pemain sayap lincah Selangor FC, Faisal Halim, yang menjadi mangsa simbahan asid baru-baru ini benar-benar mengejutkan banyak pihak.
Akibat kejadian tersebut, Faisal mengalami kelecuran tahap empat dan terpaksa menjalani beberapa pembedahan untuk merawat kecederaannya.
Namun begitu, pemain bola sepak kebangsaan itu kini dilaporkan berada dalam keadaan stabil dan telah dipindahkan ke wad biasa, hari ini.
Insiden yang menimpa Faisal turut memberi kesan mendalam kepada seluruh negara, terutama sekali dalam kalangan peminat bola sepak tempatan di media sosial.
Daripada rakyat biasa, selebriti, hinggalah ahli politik, semuanya berharap agar Faisal dapat kembali ke padang bola sepak, mewakili kelab dan negara secepat mungkin.
Selepas Onana dan Garnacho, kini Sonny Bill Williams titip mesej buat Faisal Halim
Bukan itu sahaja, solidariti untuk Faisal Halim turut ditunjukkan oleh komuniti bola sepak antarabangsa. Persekutuan bola sepak dari Indonesia, Thailand, dan Singapura turut memuat naik hantaran istimewa untuk pemain kebanggaan kita itu.
Baru-baru ini, bekas pemain ragbi pasukan New Zealand, Sonny Bill Williams, turut mengetahui tentang insiden berkenaan dan meninggalkan mesej buat Faisal Halim.
Untuk makluman, mesej tersebut dikongsikan oleh Selangor FC menerusi satu hantaran di laman X sebentar tadi.
“With hardship comes ease, and in-shaa-Allah the ease comes sooner rather than later”
Words cannot describe how much we appreciate your support @SonnyBWilliams 🤝❤️💛 Together, let’s keep brother Faisal Halim in all of our prayers 🤲 Stay strong! @faisalhalim_7… pic.twitter.com/i31n4pa2Fq
— Selangor FC (@selangorfc) May 14, 2024
Menurut Selangor FC, tiada kata yang dapat menggambarkan betapa mereka menghargai sokongan Sonny Bill Williams.
“Assalammualaikum saudara Faisal, Sonny B William di sini.
“Semoga Allah permudahkan urusan awak dan keluarga. Saya titipkan doa untuk awak.
“Kekal tabah, kerana bersama kesulitan ada kemudahan. Insha-Allah, kemudahan akan datang lebih cepat daripada yang dijangka,” katanya.
Sonny turut menitip pesanan agar Faisal menjaga diri.
BACA: Apa Hukum Memaksa Orang Lain Melutut Minta Maaf? Ini Jawapan Mufti Wilayah Persekutuan