Siakap Keli
waris keluarga faedah perkeso
Sumber : BERNAMA

Insiden Kru Kapal Warga Malaysia Di Perairan Bangladesh : Waris Keluarga Layak Terima Faedah Perkeso 

Insiden Kru Kapal Warga Malaysia Di Perairan Bangladesh : Waris Keluarga Layak Terima Faedah Perkeso 

KUALA LUMPUR – Waris keluarga kepada mayat kru kapal warga Malaysia yang  ditemui maut di perairan Bangladesh pada 10 Mei lalu layak menerima Faedah daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO). 

Menurut Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong, hasil semakan PERKESO mendapati, kru kapal MTT Sapangar adalah pencarum aktif bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 (Akta 4) sejak 2011 dan berikutan itu ibu bapa kepada Allahyarham  Muhammad Isa bin Muhammad Veeramohan layak menerima Faedah Pengurusan  Mayat (FPM) dan Faedah Orang Tanggunggan (FOT) berikutan Allahyarham belum  berkahwin. 

”Muhammad Isa, 31 tahun meninggal dunia selepas terjatuh di laut dari kapal semasa  memasang pilot ladder di Pelabuhan Chittagong, Bangladesh pada 8 Mei lalu serta mayatnya ditemui terapung sekitar perairan Bangladesh pada 10 Mei oleh pasukan  penyelamat sekali gus melayakkan waris keluarga beliau menerima Faedah menerusi Skim Bencana Pekerjaan. 

”Ibu bapanya, Muhammad Veeramohan bin Abdullah, 72 tahun dan Rabiah binti Buang,  61 tahun menerima FPM sebanyak RM2000.00 secara sekali bayar serta akan menerima FOT bulanan berjumlah RM1,417.32 untuk sepanjang hayat mereka. 

”Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) dan PERKESO turut menzahirkan  penghargaan kepada Kesatuan Kebangsaan Pelaut-Pelaut Malaysia (NUSPM) yang banyak membantu dalam proses pengumpulan maklumat berkenaan kemalangan terbabit dan berharap bantuan yang diberikan mampu membantu waris keluarga  meneruskan kehidupan selepas ketiadaan Allahyarham,” jelas beliau lagi. 

Skuad PERKESO Prihatin hadir ke kediaman waris di Kampung Raja Uda, Pelabuhan Klang dalam Ziarah Prihatin untuk menyerahkan bayaran FPM dan penyerahan Kotak  Prihatin. 

Nurul Naqiyah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.