Siakap Keli
kerajaan hamas fahmi
Gambar: Astro Awani

Kerajaan Tiada Hubungan Dengan Sayap Ketenteraan Hamas – Fahmi Fadzil

Kerajaan Tiada Hubungan Dengan Sayap Ketenteraan Hamas – Fahmi Fadzil

PUTRAJAYA  — Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil menyatakan bahawa kerajaan tiada hubungan dengan sayap ketenteraan Hamas.

Fahmi berkata bagaimanapun parti politik mempunyai hubungan dengan sayap politik organisasi itu.

“Tetapi semua parti politik dalam negara kita mempunyai hubungan dengan sayap politik organisasi tersebut atas dasar perjuangan untuk menegakkan Palestin.

“Bagi saya atau kerajaan, sudah pasti dengan pendirian yang jelas kita mengambil tindakan-tindakan yang dirasakan wajar dan tidak bertentangan dengan prinsip dan undang-undang.

“Dan juga prinsip yang kita pegang iaitu “dari sungai ke segara, Palestin pasti merdeka”,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media pada hari ini.

Info lanjut menyusul.

Sumber: Awani

 

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.

error: