Siakap Keli
Tiada Perbincangan UiTM
Kredit: Bernama

Tiada Perbincangan UiTM Dibuka Kepada Bukan Bumiputera – KPT

Tiada Perbincangan UiTM Dibuka Kepada Bukan Bumiputera – KPT

Kementerian Pendidikan Tinggi dan kerajaan tidak pernah membincangkan atau membenarkan Universiti Teknologi MARA (UiTM) dibuka kepada pelajar bukan Bumiputera.

Perkara berkenaan dimaklumkan oleh Menterinya, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir menerusi satu kenyataan media hari ini.

Dalam kenyataan yang dimuat naik di laman Facebooknya, beliau menegaskan bahawa perkara itu tidak pernah dibawa dalam perbincangan di peringkat Kabinet atau kementeriannya.

“Seperti kenyataan saya pada 2 Mei yang lalu, KPT sememangnya tidak pernah membincang atau membenarkan UiTM dibuka kepada pelajar bukan Bumiputera sepertimana yang telah dimainkan pada hari ini,” ujarnya.

Tambah beliau, isu ini sengaja dijadikan polemik dan dimainkan oleh pihak tertentu yang cuba menganggu-gugat polisi serta objektif asal penubuhan UiTM.

Tindakan tersebut sekali gus telah menimbulkan kecelaruan dan perbalahan pelbagai pihak.

“KPT berpegang teguh kepada Fasal 1A Akta 173. UiTM ditubuhkan menurut dan mengikut peruntukan Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan,” tambah menteri itu lagi.

BACA: Tak Sangka Ada Jalan Raya Dikatakan Warna Biru, Rupa-Rupanya Ini Sebabnya

Sumber: Zambry Abd. Kadir

Athirah

When nothing goes right, go left.