Siakap Keli
Undang Luak Rembau Meninggal
Gambar: BERNAMA

Undang Luak Rembau Meninggal Dunia

Undang Luak Rembau Meninggal Dunia

SEREMBAN, 15 Mei (Bernama) — Undang Luak Rembau Datuk Lela Maharaja Datuk Muhamad Sharip Othman meninggal dunia pada 9.15 pagi tadi di kediaman rasminya.

Datuk Perba, Abdul Razak Mohd Yassin ketika dihubungi berkata Allahyarham Muhamad Sharip, 83, meninggal dunia akibat sakit tua.

Menurut kenyataan rasmi daripada Balai Rasmi Undang Luak Rembau, jenazah akan disolatkan di surau Balai Kediaman Rasmi Undang Luak Rembau pada 12.30 tengah hari ini.

“Dukacita dimaklumkan Undang Luak Rembau Datuk Muhamad Sharip Othman telah kembali ke rahmatullah sebentar tadi,” menurut kenyataan itu hari ini.

BACA: Tak Ganggu Aliran Trafik, Ketahui Apa Itu Jambatan ASTRA

Jenazah Allahyarham Muhamad Sharip akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Mungkal Sepri selepas solat asar.

Allahyarham Muhamad Sharip dan isteri Allahyarhamah Tok Puan Siti Ramalah Yunus memiliki lima anak lelaki.

Muhamad Sharip dimashyurkan sebagai Undang Luak Rembau ke-21 pada 21 Nov 1998.

Sumber: BERNAMA

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.