Bawa Anak Pergi Kedai Emas, Ibu Bapa Hadiahkan Cikgu Gelang Emas Sempena Hari Guru
Tanggal 16 Mei merupakan tarikh yang penuh bermakna buat insan yang bergelar guru.
Hari ini, merupakan hari yang penting bagi setiap insan memperingati dan mengenangkan kembali setiap jasa yang dicurahkan oleh guru.
Tambahan lagi, mereka ibarat ibu bapa kedua kepada kita dalam mendidik, malah boleh menjadi lebih daripada itu.
Oleh itu, tidak hairan mengapa golongan ini diibaratkan seperti lilin membakar diri sendiri demi menerangi orang lain.
Kebiasaannya, hari ini disambut meriah di sekolah-sekolah mahupun insitusi pengajian susulan tempat itu menjadi lokasi kepada insan yang bergelar murid menimba ilmu di alma mater.
Para pelajar pula tidak melepaskan peluang memberi hadiah sebagai tanda penghargaan mereka terhadap guru. Setiap hadiah yang diberi bersifat tulus dan ikhlas serta mengikut kemampuan anak-anak murid.
Misalnya seperti yang tular baru-baru ini, satu video yang memaparkan seorang kanak-kanak membelikan hadiah untuk guru-gurunya bersempena sambutan Hari Guru di sebuah kedai perhiasan, Habib Jewlery hingga menarik perhatian ramai.
Dalam video yang dikongsikan oleh pemilik TikTok @nurashikindin memaparkan kanak-kanak yang dikenali sebagai adik Hafiy Hadeef, 7, membeli 10 barang kemas di kedai berkenaan.

Kelihatan setiap hadiah berkenaan dibalut kemas oleh kakitangan kedai, malah adik Hafiy sempat bergambar selepas membeli barangan kemas yang penuh dibimbitnya di tangan.

BACA: Hampir Dua Minggu Dirawat, Anak Dibenarkan Lawat Faisal Halim Dari Jarak Jauh
Sementara itu, menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya meninggalkan komen memuji tindakan adik Hafiy kerana hadiah yang diberikan itu adalah lain daripada yang lain.

Malah ada yang tertanya-tanya dan mengajukan pelbagai soalan di ruangan komen video berkenaan.
Ada juga yang berkongsikan pengalaman membeli hadiah hari guru untuk anak-anak mereka.
Berikut antara komen daripada warganet;
“Saya tak kerja sekarang, kalau saya kerja banyak wang, pasti saya akan buat macam ni. Sebab inner child saya tak mampu buat macam ni. Tetapi tidak mengapa kali ni saya mampu belikan cikgu anak saya botol montigo,” komen salah seorang pengguna.
“Beruntung cikgu-cikgu Hafiy,” komen seorang pengguna lain.
“Saya seorang guru pernah sekali, dapat hadiah minyak angin roll on. Katanya mesti cikgu-cikgu pening nak jaga anak dia. Comel je,” tulis seorang pengguna lagi.
Untuk makluman, video tersebut mendapat lebih 2.6 juta tontonan dengan lebih 73,000 tanda ‘suka’.
@nurashikindin Hadiah hari guru 2024 dari Hafiy Hadeef untuk mualim & mualimah ❤️. 10 orang guru nya. Special thanks to Ammar tolong bungkuskan hadiah hari guru hafiy cantik2 💋 #hadiahhariguru2024 #habibjewels #fypシ゚viral @HABIB Jewels
♬ Cupid – Twin Ver. (FIFTY FIFTY) – Sped Up Version – sped up 8282
Sumber: TikTok @nurashikindin