Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
anak lawat faisal
Gambar: BERNAMA

Hampir Dua Minggu Dirawat, Anak Dibenarkan Lawat Faisal Halim Dari Jarak Jauh

Iqbal Yasir

Hampir Dua Minggu Dirawat, Anak Dibenarkan Lawat Faisal Halim Dari Jarak Jauh

Bagi meningkatkan motivasi, doktor membenarkan anak-anak pemain sayap sensasi Harimau Malaya, Faisal Halim untuk melawatnya dari jarak jauh, lapor Stadium Astro.

Menurut Ahli Lembaga Pengarah Selangor FC, Datuk Seri Shahril Mokhtar, selepas hampir dua minggu dirawat di hospital, Faisal berada dalam keadaan baik dan telah menunjukkan perkembangan positif.

Sementara itu, Faisal meluahkan rasa terharu selepas semua pihak tidak berhenti-henti memberikan sokongan dan mendoakan kesihatannya.

Dah “Pekena” Ayam Penyet

Tambah Shahril, pemain itu baru sahaja menjamu Ayam Penyet susulan sudah dibenarkan makan sebelum ini.

Difahamkan, Faisal bakal menjalani pembedahan ‘split skin graft’ (SSG) yang dijadualkan pada minggu depan selepas tiga pembedahan sebelum ini berhasil.

Ngidam Nasi Kandar

Sebelum ini, Shahril berkata pemain itu menyatakan keinginan untuk memakan nasi kandar.

“Saya difahamkan dia sedang soft diet, dia dah boleh juga makan diet biasa, saya dengar pun dah ada teringin nak makan nasi kandar dan sebagainya, Alhamdulillah,” katanya.

BACA: Pesawat Garuda Indonesia Lakukan Pendaratan Cemas Susulan Kebakaran Enjin

Dia sebelum ini berada dalam pemantauan rapi dan tiada pelawat dibenarkan bertemu dengannya susulan bagi proses pemulihan selepas menjalani pembedahan ketiga, lapor BERNAMA.

Exco Belia, Sukan dan Keusahawanan Selangor Mohd Najwan Halimi berkata pemain sayap sensasi Harimau Malaya itu perlu berada dalam pemantauan rapi untuk tempoh dua minggu akan datang.

Beliau berkata prosedur pemindahan kulit sihat ke kawasan tubuh yang mengalami kelecuran (skin allograft) dilalui Faisal pada Jumaat lepas, memerlukan pemain itu diasingkan daripada orang biasa.

“Keadaan Faisal adalah stabil namun tempoh dua minggu mendatang ini sangat penting serta kritikal memandangkan prosedur skin allograft, beliau diasingkan dengan pemantauan rapi dan ketat oleh pasukan perubatan.

“Untuk itu, Faisal juga tidak dibenarkan menerima sebarang pelawat dalam tempoh pemantauan ini,” katanya dalam satu kenyataan

Pada 5 Mei lepas, Faisal mengalami kelecuran tahap empat selepas disimbah asid oleh individu tidak dikenali menyebabkan kecederaan pada badannya.

Beliau dikatakan diserang ketika berada di sebuah pusat beli-belah terkemuka di Kota Damansara, Petaling Jaya, kira-kira 5 petang.

Sumber: Stadium Astro