Siakap Keli
pakcik shell mi segera
Gambar: Instagram @pakcikshell

Pakcik Shell Jelaskan Bahaya Masak Mi Segera Guna Dapur Api Dekat Stesen Minyak

Pakcik Shell Jelaskan Bahaya Masak Mi Segera Guna Dapur Api Dekat Stesen Minyak

Stesen minyak merupakan tempat untuk kenderaan mengisi semula tangki minyak selepas ia habis kerana bergerak pada jarak tertentu.

Di Malaysia, hampir semua lokasi mempunyai stesen minyak yang bertujuan untuk memudahkan pengguna jalan.

Walaupun menjadi kawasan persingggahan sementara buat kenderaan, namun lokasi ini merupakan kawasan yang berisiko tinggi untuk berlakunya kebakaran.

Baru-baru ini tular di media sosial, satu video memaparkan sekumpulan remaja melakukan aktiviti berkelah dan memasak di stesen minyak.

Lebih-lebih lagi ia merupakan kawasan yang berisiko tinggi meskipun ada yang berpendapat bahawa kumpulan terbabit ‘melepak’ agak jauh dari pam petrol.

Sehubungan itu, individu yang dikenali sebagai Pakcik Shell atau nama sebenarnya Shairan Huzani berkongsi kepada orang ramai berkenaan mengenai perkara ini.

“Ada yang kata, ‘jauh dari pam tak apa’. Jangan…kerana wap minyak boleh mengalir sejauh 10 meter dari punca seperti pam, tempat turun minyak dan vent pipe

Gambar: Instagram @pakcikshell

Dalam satu hantaran video di Instagram milik @pakcikshell, yang juga Pengarah Urusan Shell Malaysia Trading Sdn Bhd dan Shell Timur Sdn Bhd, dia menjelaskan bahawa terdapat risiko wap minyak merebak dari pam petrol, tempat turun minyak dan vent pipe.

“Wap minyak boleh bergerak jauh, sejauh 10 meter,” katanya dalam video.

BACA: Tular, Masjid Di Indonesia Berdiri Teguh Selepas Dilanda Bencana Banjir Kilat

Tambahnya, beliau juga menasihatkan orang ramai untuk sentiasa berhati-hati dan mengambil berat terhadap perkara itu.

Sementara itu, perkongsian berkenaan mendapat reaksi positif daripada orang ramai dengan maklumat tersebut.

Selain itu, ada juga netizen yang berkongsi pengalaman mengenai prosedur sewaktu bekerja di stesen minyak.

Berikut antara komen warganet;

“Terima kasih kerana berkongsi maklumat berharga ini. Juga wap gas lebih berat daripada udara, jadi dia mendap di kawasan yang rendah. Jadi risiko kebakaran akibat percikan api atau dari apa-apa lepasan elektrostatik akan menyebabkan kebakaran,” komen salah seorang pengguna.

“Sebab tu pentingnya pendidikan dan ilmu,” kata seorang lagi pengguna.

“Semoga memberi kesedaran kepada mereka yang terlibat,” komen pengguna lain.

Sumber: Instagram @pakcikshell

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?